Enter your keyword

Wednesday, February 29, 2012

The Star diminta perjelas gambar penyanyi bertatu Allah

By On 11:59:00 AM
27/02/2012 10:31pm

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memanggil The Star untuk memberi penjelasan berhubung penyiaran gambar seorang penyanyi wanita Amerika Syarikat yang mendedahkan bahagian atas dadanya, yang tertera tatu perkataan “Allah” dalam akhbar itu.

Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Lee Chee Leong berkata, KDN memanggil Pengarang Urusan, Ketua Pengarang Berita dan Pengarang Kanan The Star petang ini untuk memberi penjelasan mengenai tindakan akhbar itu menyiarkan gambar berkenaan dalam edisinya hari ini.

Beliau berkata, akhbar itu juga akan diberi Surat Tunjuk Sebab untuk memberi penjelasan bertulis dalam masa seminggu kepada KDN.

"Tindakan susulan akan dibuat berdasarkan kepada penjelasan yang diberikan (akhbar itu kepada KDN),” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Dalam ruangan muziknya, The Star menyiarkan gambar penyanyi “funk”, “hip-hop” dan “soul”, Erykah Badu, 40, yang menunjukkan wajah dan bahagian atas dadanya.

Sebahagian dadanya terdedah dan tertera pelbagai tatu, termasuk perkataan “Allah”, di bahagian sisi kiri dan kanan dadanya berhampiran ketiak.

Penyanyi itu, yang berasal dari Dallas, Texas, pernah memenangi anugerah Grammy dan akan membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 29 Februari ini. - BERNAMA

Sumber; Utusan Malaysia


Tuesday, February 28, 2012

Putri Butterfly in my office

By On 9:58:00 AM
 Salam semua...
selamat pagi
sambil tunggu nak meeting jap lagi saja 
tak de idea
layan je ceritera
putributterfly kat ofisku
kelmarin



siap leh tukar-tukar baju lagi
coz petang kelmarin hujan lebat
nasib baik kat dalam beg sekolah dia
ada baju lebih...


adiossss....



Wednesday, February 22, 2012

Filem, drama tahyul beri kesan negatif

By On 4:20:00 PM

Allhamdulillah, dapat juga artikel ni, tadi my click ada cakap pasal ni tengok tv semalam, bila search jumpa juga... em.. suka sangat... terima ksaih Ya rabb...


Oleh Adha Ghazali
adha@bharian.com.my
2012/02/22

JUANDA  pada sidang media di pejabatnya di Kangar, semalam.
JUANDA pada sidang media di pejabatnya di Kangar, semalam.
Jejas pembinaan masyarakat bertamadun: Mufti Perlis

KANGAR: Lambakan filem dan drama berunsur tahyul, hantu dan seram yang ditayangkan terutama melalui televisyen memberi kesan negatif terhadap pembinaan masyarakat yang bertamadun, kata Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya.

Berikutan itu, beliau berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) memantau serta mengawal penayangan filem dan drama seumpama itu yang antaranya menggambarkan tahap penghinaan yang serius terhadap Islam.

Katanya, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis pula akan mewujudkan satu garis panduan khusus berhubung tayangan filem berkenaan untuk dimajukan kepada KDN dan KPKK kerana ia dikhuatiri menggugat akidah masyarakat terutama umat Islam di negara ini.

“Garis panduan yang akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat itu akan mengambil kira beberapa aspek tertentu, termasuk ketetapan dibuat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berhubung isu penayangan filem di negeri ini, sebelum ini.

“Selain sebagai panduan bagi pemantauan pihak berkuasa, kita harap ia turut dijadikan pedoman golongan penerbit dalam menghasilkan filem berunsur seram pada masa depan.

“Kita bukannya antiseni atau filem, cuma mahu filem atau seni dihasilkan itu membina tamadun yang mampu berfikir secara waras, bukannya menerapkan pemikiran tahyul bertentangan akidah serta kepercayaan Islam,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Difahamkan, kebimbangan terhadap lambakan filem seram dan cerita hantu terbabit sebahagian daripada ketetapan dicapai melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-5 yang bersidang di Hotel Sri Malaysia, di sini, kelmarin.

Selain itu, turut dipersetujui dalam mesyuarat itu ialah ketetapan berhubung hukum eksploitasi iklan terhadap wanita, hukum ajaran atau fahaman syiah, hukum ruju' dengan jimak serta hukum lafaz talak dua atau tiga dengan satu lafaz.

Juanda berkata, jika lambakan filem hantu dan seram tidak dikawal, tidak mustahil masyarakat Islam negara ini kelak lebih takutkan hantu berbanding Allah.

Mengulas ketetapan berhubung isu eksploitasi wanita melalui iklan pula, beliau mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) meletakkan satu garis panduan khusus terhadap perkara itu supaya tidak berlaku.

“Islam meletakkan wanita pada tempat tinggi dan tidak sewajarnya mereka dijadikan bahan eksploitasi demi keuntungan pihak tertentu, terutama melalui fenomena pengiklanan kini yang mempamerkan aurat yang terbukti menyalahi syariat Islam,” katanya.

Kredit : Berita Harian Online

Tuesday, February 21, 2012

Positive!

By On 11:10:00 AM
Salam... selamat pagi semua... masuk ofis tadi ps terus ke pusat kesihatan.... sampai sana cam suspen jer, dah tiba giliran, masuk jer bilik doktor ps citer apa masalah... erm... doktorr suh ps cakap 'ok' dia bagi satu paper suruh ps ke lab... then bila tiba nama dipanggil, ps ambil result tu... pegawai lab sepat senyum kat ps.. alamak... camana ni? keluar jer lab, nak ke bilik doktor baru ps tengok apa result tu... erm... 'positive' tertulis kat situ.... masuk semula bilik doktor, doktor cakap em... ok, sya bagi asic folic k... bila keluar bilik doktor tu, rasa terurja, berita gembira juga la... tp ps xler xcited sangat kan cz awal-awal ni pregnant ps takut banyak kemungkinan akan berlaku kan... ps doakan supaya ps dan kandungan ni sihat! putri butterfly ada kawan... insyaAllah, semugo Allah lindungi kami!

Monday, February 20, 2012

Artis Hip Hop jadikan anak sebagai pemuas seks

By On 11:22:00 AM

Sedih betul apa yang berlaku dalam masyarakat kita hari ni.... bukan setakat artis, orang biasa pun macam-macam peelnya. Cuma jarang digembar gemburkan. Si anak menjadi mangsa pemuas nafsu bapa. Walaupun dia anak tiri, jangan anggap anak itu bukan anak kita kan... kesian... baca bawah....

KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular tanah air ditahan polis selepas didakwa merogol anak tirinya berusia 14 tahun di rumahnya di Gombak Jaya, dekat sini, semalam.
Penyanyi berusia 37 tahun yang juga pernah berlakon filem itu ditahan selepas anak tirinya membuat laporan di Balai Polis Gombak, di sini, jam 11 malam, kelmarin.

Menurut sumber, dalam laporannya, mangsa mendakwa dinodai bapa tirinya itu sejak berusia tujuh tahun dan kejadian terbaru berlaku pada 9 Februari lalu.

“Berikutan laporan itu, polis melakukan siasatan sebelum menahan penyanyi terbabit di rumahnya di Gombak Jaya jam 2 pagi tadi (semalam),” katanya, semalam.


Sumber itu berkata, remaja perempuan terbabit mendakwa dia nekad membuat laporan polis kerana tidak tahan dijadikan hamba seks bapa tirinya sejak tujuh tahun lalu selain bimbang keselamatan adik perempuannya yang lain.

hmetro.com

ps: kalau pasal artis ni nak jer tau sapa dia.... hehehe

Sunday, February 19, 2012

Bobbi Kristina anak mendiang Whitney Houston juga ketagih Kokien

By On 11:36:00 AM

According to the National Enquirer who obtained the pictures, she was snapped using the drug at two different parties.

The article that she regularly indulges in marijuana and 'guzzles beer and gets smashed on Everclear, a potent grain alcohol.'

A former boyfriend of Kristina went to the magazine with the claims.
He said that Brown admitted that she is becoming like her mother Whitney, who has had her own past problems with substance abuse.


Past troubles: Whitney has  admitted to doing cocaine during an interview in 2009 with Oprah Winfrey
'Krissi is addicted to cocaine. I’ve tried to stop her, but all she said was, ‘I’m just like my mother!"' he told the magazine.

He alleges that the teen is addicted to the drug and claims to have witnessed her out of control behaviour at one of the parties.

'Krissi was pretty wired. I also saw her kiss a man and drink a 40-ounce bottle of Budweiser,' he said.
'Whitney needs to see what her daughter is doing to herself. If Krissi doesn’t stop soon, this addiction to cocaine will kill her!'

Taking to her Twitter account, Kristina has hit back at the damaging claims and said that the person behind the story  should be ashamed.

'The pictures - a former very dear person to me did this. Set me up to make it look exactly what it looks like. God will smite them yes...,' she wrote.

'But it’s really not what it looks like.. People will do anything for money which is extremely sad, and I’m very hurt by this.

'Thing’s people do these days to hurt others is a shame. All I can do now, is keep my head up high, keep looking towards the lord.

'All the lord is telling me is be still. That’s all, and that’s exactly what I’m going to do.

She said her mother Whitney has been especially supportive during the ordeal.

'I love my family so much. My mom just comforted me to the max, and I’m so thankful for her, ' she said.
'Thank you so much lord for blessing me with an Phenomenal family and incredibly phenomenal mother. Thank you for giving me the strength to move forward and put things in the past.

The teenager believes that the person who sold the pictures used her for monetary gain.

Ika Nabila Kontroversi

By On 11:03:00 AM

Lahir menerusi program Akademi Fantasia musim keenam (AF6), nama Ika Nabila mungkin tidak segah rakan seangkatannya seperti Stacy, Nubhan, atau Saida. Namun Ika merupakan antara produk AF6 yang masih bertahan dalam industri seni sehingga kini.

Namun dalam meniti perjalanan sebagai anak seni, nama Ika tidak terlepas daripada kontroversi yang sedikit sebanyak mencalarkan namanya. Lebih membuatkan Ika kesal, orang sekeliling seolah-olah hanya ingin tahu kisah kontroversi berbanding karier seninya.
 
Dikait dengan 'pengkid', berpakaian seksi, kaki sosial dan terbaru dikatakan meminum arak, Ika mengakui terpaksa menelan satu persatu tohmahan orang luar hanya kerana beberapa keping gambar yang tersebar.
 
"Bila saya tahu orang kaitkan saya bercinta dengan 'pengkid' bernama Adlin, saya hanya ketawa. Hakikatnya, dia adalah pengurus saya yang dipanggil 'kak long' dan dia bersama saya sejak saya keluar AF lagi.
 
"Saya dengan kak long memang rapat dan dia sentiasa menemani saya ke mana sahaja. Malah, apabila berita itu keluar di akhbar mingguan tersebut, ayah saya sendiri yang memaklumkan kepada saya mengenai berita tersebut," katanya.

 
Bukan 'kaki minum'
 
Mengulas mengenai fotonya yang memegang minuman yang dipercayai arak, Ika mengakui tersilap sehingga membuatkan ramai pihak keliru. Jelasnya, air dalam gelas tersebut bukanlah arak sebaliknya, jus sparkling. Ika berkata, dia tidak pernah minum arak apatah lagi mabuk di depan khalayak seperti yang digambarkan pada foto itu.
 
"Sebenarnya air dalam gelas tersebut adalah jus sparkling. Saya tak tahu macam mana gambar itu boleh tersebar kerana ia hanya dipaparkan dalam gambar profil mesej Blackberry (BBM) saya.
 
"Malah, saya bersama Mimi Haris (penyanyi) ketika itu di sebuah pusat karaoke. Saya percaya ini perbuatan­ khianat individu yang tidak berpuas hati dengan saya.
 
"Bagaimanapun, saya mengakui silap kerana meletakkan gambar itu di profil BBM saya, sekali gus menyebabkan ada pihak salah faham,” jelasnya.
 
Masih aktif menyanyi
 
Menyentuh mengenai karier nyanyiannya yang dilihat semakin suram, Ika berkata, dia masih aktif memenuhi undangan pentas. Namun tidak mempunyai single terbaru.
 
"Kalau ikutkan, saya banyak mengi­kuti program anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan tahun lalu saya kerap terbang ke Sarawak, bagi memenuhi undangan pentas.
 
"Mungkin kerana jarang muncul di program nyanyian yang disiarkan di televisyen (TV), orang anggap saya kini hanya aktif berlakon," katanya yang kini menjalani penggambaran drama Apa Celop yang bakal disiarkan, 20 Februari ini di TV3.
 
Ika berkata, biarpun karier nyanyiannya tidak sebaik karier lakonannya, dia tidak pula berasa kecewa dan percaya pada rezeki.
 
"Buat masa ini fokus utama saya terhadap bidang lakonan dan jika ada kelapangan saya tidak kisah untuk memenuhi persembahan pentas.
 
"Tapi untuk membuat album atau single, saya belum ada perancangan lagi kerana saya tidak mahu membazir wang yang keluar, tetapi tiada hasilnya," katanya.
 
Namun Ika berkata, dia lebih kecewa apabila ada pihak cuba memburukkan namanya dengan cerita kontroversi yang mengarut.
 
"Saya tidak kisah jika karier nyanyian tidak bergerak sebaik lakonan. Tapi saya kecewa bila saya diam, orang pijak maruah saya, seolah-olah saya tidak ada ibu bapa yang mempunyai perasaan apabila membaca kisah negatif anak mereka," akhirinya.

SUMBER : SINAR HARIAN


Dah buka sekolah

By On 10:25:00 AM
Salam...

Hari ni hari pertama minggu pertama pengajaran...

Sebulan lebih pelajar cuti, seronok mereka kan

Saya?

erm... bekerja seperti biasa

Allhamdulillah

Semester ni ps tak mengajar

Sangat bersyukur

atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan

nak buat camana kan dah nazak ni

dah tak boleh komit pada teaching

huhuhu

so, ps kena cepat settlekan hal ps

ps sangat berharap semoga tahun ni

ps akan sambung pengajian juga

ps sangat bersyukur dekan ps perihatin

dengan masalah ps dan rakan-rakan

terima kasih Allah

Dia yang maha berkuasa kan....

ps dah serahkan nota-nota pengajaran

pada kawan-kawan

hope dapat bantu mereka

Mesti ramai yang tengah santai hujung minggu kan....

ps sangat sakit badan semalam hingga ke pagi ni

tapi syukur boleh lagi bangun pergi kerja....

Jom tengok foto-foto ni....








Friday, February 17, 2012

Kepercayaan Karut Melayu vs Akidah Terpesong

By On 3:32:00 PM


Salam Jumaat
Selmat petang

ps terjumpa video ni kat youtube....

tajuk ni memang tajuk proposal ps
yang tengah pening ni

Allhamdulillah
terjumpa

jika sikit pun kita percaya perkara ni
contoh:
  • suami yang isterinya sedang mengandung tidak boleh aniaya binatang
  • tidak boleh keluar rumah kalau pinggan atau kaca pecah
  • tidak boleh duduk atas bantal
  • tidak boleh lalu bawah ampaian 
  • tidak boleh beli garam waktu malam
 secara tidak sedar
ia telah mengakibatkan akidah kita terpesong

memang ramai orang percaya perkara ni
ps sendiri pun, diajar sebegitu....

cuba fikir dan renungkan...


selamat menonton dan belajar

Thursday, February 16, 2012

“What Would My 3D World be with LG Optimus 3D?”

By On 12:15:00 PM
Selamat tengahari...

Erm... contest yang menarik dari LG...

jawab soalan di atas!

My 3D world same like screen in my hearts.... saya akan capture apa yang ada sekeliling saya dengan LG Optimum 3D.... for the future world, contoh Jules Verne's novel From The Earth To The Moon, imagine LG Optimum 3D boleh capture semua tu... wow, so hebat! akan ku bawa LG ini naik ke bulan dan merakan suasana tersebut.... hehehe (berangan)... sumber inspiraaiku....

Kecanggihan  LG Optimum 3D seperti :

  • berkuasa menyampaikan pengalaman telefon pintar 3D
  • memperkenalkan untuk kali pertama yang inovatif seni bina perkakasan 'Tri-Dual'
  • Menyampaikan pengalaman visual
  • Dwi-Memori telefon mudah alih Optimus 3D  
  • terjemahan  
  • grafik lancar dan meningkatkan prestasi pemproses.
    dan banyak lagi
  • Klik LG Optimum 3D  
Jom tengok video iklan ni


Wednesday, February 15, 2012

Pesan Rasulullah saw

By On 4:39:00 PM
Nabi S.A.W bersabda: " Malaikat Jibril selalu memberitahuku 7 hal setiap kali menyampaikan firman Allah sehingga tujuh hal tersebut kuanggap sangat penting atau hampir wajib."

  • Berbuat baik pada tetangga. 



  • Jangan sekali-kali menceraikan isteri (rawatlah wanita secara baik).
  • Jangan terlalu keras dengan budak atau buruh.
  • Jangan lupa bersiwak (membersihkan mulut) sholat 2 rakaat dengan bersiwak lebih besar pahalanya daripada shalat 70 rakaat tanpa bersiwak terlebih dulu.
  • Jangan lupa shalat berjamaah--Nabi beranggapan bahwa shalat tidak sah jika tidak berjamaah.
  • Selalu shalat malam.
  • Selalu berzikir kepada Allah---tidak bermanfaat suatu pembicaraan jika tidak sertai dengan dzikir (ingat) kepada Allah.

Nabi S.A.W bersabda: "Allah menyukai seseorang orang kerana tiga perkara."
  • Orang yang punya kekuatan/kekuasaan yang digunakan untuk taat kepada Allah. Misalnya waktu kita masih sehat, memiliki waktu luang sebaliknya dimanfaatkan untuk beribadah.
  • Orang yang menangis dan menyesal setelah berbuat maksiat.
  • Orang yang sabar ketika miskin ---orang miskin itu memiliki 3 perhiasan : tidak minta-minta (bekerja sendiri), syukur saat mendapat nikmat, sabar saat tertimpa musibah. * Nabi mengatakan: Bingkisan yang paling berharga bagi orang mukmin adalah fakir. (Orang fakir yang sabar akan masuk surga dengan lebih mudah dan ketika di syurga akan bersanding dengan Nabi Besar Muhammad saw.)
Nabi S.A.W bersabda: " Nanti di hari kiamat Allah tidak akan melihat (kasihan) terhadap 7 orang (golongan). Mereka akan dimasukkan ke neraka."
  • Orang yang suka sesama jenis (seperti kaum Nabi Luth).
  • Orang yang menikah dengan tangannya sendiri (berbuat sendiri untuk mendapat kepuasan)
  • Orang yang mengumpuli kuda.
  • Orang yang mengumpuli isterinya lewat jalan belakang.
  • Orang yang mengumpuli anaknya sendiri.
  • Orang yang mengumpuli isteri orang lain.
  • Orang yang menyakiti tetangganya.
Nabi S.A.W bersabda: " Aku melaknati terhadap 6 golongan."
  • Orang yang menambah- nambah kitab Allah
  • Orang yang tidak percaya terhadap kepastian Allah
  • Raja / penguasa yang berbuat sewenang-wenang---yang salah dibuat benar, yang benar disalahkan atau yang mengangkat orang yang dicela Allah (korupsi dan koluso)
  • Orang yang menghalalkan barang di tanah Haram (Mekah)
  • Orang yang menghalalkan yang diharamkan Allah
  • Orang yang berpaling dari jalannya Nabi Muhammad S.A.W.

Semuga Allah memberi kita kekuatan untuk mengamalkan apa yang kita baca dan menyampaikannya..
kredit : 
Assoc. Prof Azizi Zakaria

Apa Itu Wabak AGE

By On 4:17:00 PM

TAPAH, 15 Feb (Bernama) -- Pihak pengurusan hospital kerajaan dan swasta diminta supaya melaporkan kes Akut Gastroenteritis (AGE), yang kini sedang menular di dua buah daerah di Perak.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin tindakan akan diambil jika pihak hospital tidak melaporkan kes AGE yang mereka rawat.

Tindakan telah pun diambil terhadap sebuah hospital swasta yang tidak melaporkan kes denggi yang dirawatnya, katanya kepada pemberita selepas melawat pesakit AGE di wad kanak-kanak di Hospital Tapah hari ini.

Rosnah berkata kementeriannya sentiasa meningkatkan usahasama dengan agensi kerajaan dalam mengatur langkah pencegahan wabak AGE yang dikesan di Hilir Perak dan Batang Padang.

"Kita sudah mengeluarkan surat peringatan kepada semua hospital dan klinik kerajaan serta swasta di sekitar daerah Batang Padang dan Hilir Perak mengenai peningkatan kes AGE. Pihak klinik juga dinasihatkan supaya merujuk kes ini di hospital-hospital dan melaporkannya kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terlibat.

"Bilik Gerakan wabak untuk AGE juga dibuka di Jabatan Kesihatan negeri, di pejabat kesihatan Hilir Perak, Batang Padang dan hospital-hospital Teluk Intan serta Tapah untuk menyelaraskan maklumat dan laporan," jelasnya.

Selain itu, Rosnah berkata kerjasama dengan Lembaga Air Perak dalam melakukan kerja-kerja pemantauan bekalan air akan diteruskan di dua kawasan terbabit.

"Setakat ini, pemantauan yang kita jalankan menunjukkan standard yang disarankan, ini menunjukkan perkara yang positif," katanya.

Ditanya sama ada kementerian mengesyorkan sebarang pemvaksinan bagi mencegah Rotavirus, beliau berkata ia tidak wajib tetapi kementerian menggalakkan ibu bapa mengambilnya untuk anak-anak mereka.

Katanya jumlah bilangan jangkitan AGE yang dikesan di Perak hari ini adalah 188 kes dan menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 3,256 kes.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir ketika dihubungi berkata daripada jumlah kes yang dikesan hari ini, 116 kes dikesan di Hilir Perak manakala 72 kes di Batang Padang.

"Setakat ini jumlah keseluruhan kes di Hilir Perak sebanyak 2,106 manakala di Batang Padang sebanyak 1,150 kes," katanya.

Beliau berkata jumlah hari ini menurun berbanding 251 kes semalam.

"Jumlah ini menampakkan penurunan kerana pesakit yang mengalami wabak itu mula datang awal ke hospital untuk mendapatkan rawatan," jelasnya.

-- BERNAMA



Tuesday, February 14, 2012

Lagi Penghinaan Terhadap Islam

By On 4:12:00 PM








ps ; sedih sangat bila baca....

Penularan Isu Rasuah Bola Sepak

By On 10:13:00 AM

KUALA LUMPUR – Isu pembabitan rasuah 18 pemain Piala Presiden dan seorang jurulatih bola sepak musim lepas adalah perkara yang amat memalukan, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Sambil mengalu-alukan langkah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mendedahkan perkara itu semalam, beliau turut meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat.

“Kita perlu mencari faktor atau punca kenapa berlaku perkara ini (rasuah bola sepak) dan saya akan mengarahkan pihak-pihak berkenaan untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Powerlifting Terbuka Malaysia di Stadium Titiwangsa, di sini.

Turut hadir ialah Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Zainal Abu Zarin dan Presiden Powerlifting Para Malaysia Kamaruzaman Kadir.

Ahmad Shabery berkata demikian sebagai mengulas pendedahan FAM semalam mengenai 18 pemain Piala Presiden dan seorang jurulatih bola sepak yang dikenalpasti terlibat dalam skandal rasuah.

Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad berkata pemain berkenaan ialah enam pemain Piala Presiden dari pasukan Negeri Sembilan dan seorang jurulatih, pasukan T-Team (enam), dan pasukan MP Muar (enam).

Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dilaporkan berkata pemain dan jurulatih berkenaan akan dikenakan hukuman penggantungan antara dua hingga lima tahun.

Ahmad Shabery berkata beberapa faktor seperti kelemahan kewangan serta pengurusan persatuan bola sepak negeri dan kelab perlu dikaji kerana ia boleh dikaitkan sebagai punca penyebab gejala tidak sihat itu masih berlaku dalam liga bola sepak tempatan.

Skandal rasuah pernah menggegarkan sejarah bola sepak negara pada tahun 1994 dan 1995 yang melibatkan lebih 100 pemain serta jurulatih yang disyaki mengatur keputusan perlawanan Piala Malaysia dan Liga Perdana.

Sementara itu, kejohanan Powerlifting Terbuka Malaysia anjuran Persatuan Powerlifting Para Malaysia dengan kerjasama MPM itu berlangsung selama lima hari mulai hari ini dan disertai 15 negara seperti Chile, United Kingdom, Iran, Kazakhstan, Korea dan Malaysia selaku tuan rumah.

Kejohanan yang disokong oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) itu merupakan satu daripada dua kejohanan powerlifting terakhir yang menawarkan mata untuk meraih tempat ke Sukan Paralimpik di London, Ogos ini. – BERNAMA

Monday, February 13, 2012

Subhanallah! Hujan Ikan Di Honduras Australia

By On 2:26:00 PM

Satu kejadian pelik telah berlaku di mana Bandar Honduras Australia telah dihujani dengan beratus-beratus ikan dari langit. Kejadian ini telah disaksikan hampir 700 orang penduduk di situ.

Seperti sebelum-sebelum ini, kita sering mendengar tentang kisah berlakunya hujan batu. Tetapi kali ini kami ingin tunjukkan kepada anda mengenai hujan luar biasa yang telah berlaku di Australia.



Apa yang luar biasanya, hujan tersebut bukan hujan air semata-mata tetapi boleh dikatakan sebagai hujan ikan. Macam pelik, tetapi ini adalah kisah benar.


Lokasi kejadian pelik ini berlaku Lajamanu di Wilayah Utara, mempunyai populasi penduduk seramai 669, telah menyaksikan beratus-ratus ikan pelik yang bewarna putih dan kecil jatuh dari langit semasa hujan yang kebanyakannya masih hidup. Jangan lupa menonton video Hujan Ikan Di Honduras Australia di atas. Subhanallah!

Pakar cuaca di Australia percaya ikan pelik, Spangled Perch, disedut dalam ribut petir sebelum jatuh ke atas bandar kecil itu.

Mark Kersemakers, peramal cuaca di Biro Meteorologi Australia, berkata: “Ia boleh melayangkan ikan pelik itu sehingga 40,000 hingga 50,000 kaki di udara.

Ia adalah kali ketiga dalam tempoh kurang daripada 30 tahun Lajamanu dihujani oleh ikan yang jatuh dari langit, menurut News Northern Territory, selepas laporan fenomena pada tahun 1974 dan 2004.


ps: hebat sungguh kuasa Allah swt.... subhanallah.....

Sunday, February 12, 2012

Kahwin bawah umur

By On 3:56:00 PM

BUKTI semakin ramai remaja terbabit dalam hubungan seks pada usia sangat muda terbentang jelas di depan mata. Ada saja laporan mengenai remaja ditangkap khalwat, lari mengikut teman lelaki hingga melepasi sempadan negara, hamil luar nikah, pembuangan dan pembunuhan bayi disiarkan di media.

Itu belum masuk bab kakitangan pembersihan majlis perbandaran yang menggeleng kepala apabila menemui banyak kondom terpakai setiap kali selesai sambutan besar-besaran perayaan tertentu atau wujudnya kelompok remaja membeli pil perancang keluarga untuk mencegah kehamilan jangka pendek.

Apabila hubungan terlarang ini membuahkan hasil, ibu bapa mula menggelabah dan mengambil keputusan nekad sama ada segera mengahwinkan anak, menghantar anak ke rumah perlindungan remaja atau memaksa anak menggugurkan kandungan untuk menutup malu dan menjaga air muka.

Persoalannya, tidak mengapakah jika remaja terlalu awal mengadakan hubungan seks atau kahwin pada usia sangat muda (bawah umur — bawah 16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun bagi lelaki)?

Perkahwinan bawah umur bukan saja memberi kesan kepada kesihatan reproduktif dan seksual, malah turut menjejaskan kesejahteraan mental, emosi, sosial dan spiritual remaja.

Menurut Perunding Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, kesan perkahwinan di bawah umur lebih dirasai remaja perempuan berbanding lelaki kerana mereka akan melalui proses kehamilan dan melahirkan anak.

Kajian Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati, remaja Malaysia kini mencapai umur baligh lebih cepat iaitu antara sembilan hingga 13.5 tahun bagi perempuan dan 9.5 hingga 14 tahun bagi lelaki.

Ketika inilah berlaku pelbagai perubahan hormon yang dikaitkan dengan perlakuan tidak senonoh seperti terbabit dalam aktiviti seks, penyalahgunaan dadah mahupun alkohol.

“Kebanyakan remaja yang berkahwin bawah umur atau terbabit dalam aktiviti seks pada usia sangat muda mempunyai tahap pendidikan rendah. Maknanya mereka juga kurang mendapat maklumat dan pengetahuan mengenai penjagaan kesihatan diperlukan.

“Remaja berkahwin awal akan hamil pada usia muda dan berdepan banyak komplikasi serta masalah kesihatan sepanjang kehamilan, ketika melahirkan anak dan selepasnya. Ini sebabnya kehamilan di kalangan remaja dianggap kehamilan berisiko tinggi.

“Kadar kematian ibu dan bayi juga meningkat di kalangan remaja. Ia bukan disebabkan komplikasi ketika proses kehamilan dan kelahiran saja, faktor persekitaran juga menyukarkan mereka mendapatkan kemudahan dan penjagaan kesihatan secukupnya,” katanya Seminar Kebangsaan Undang-undang Keluarga Islam Nikah Bawah Umur: Patut atau Tidak anjuran Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kebanyakan remaja tidak mendapat nasihat tepat mengenai kaedah pencegahan kehamilan dan perancangan keluarga serta sukar membeli ubat diperlukan untuk pencegahan kehamilan. Bahkan, masih ada yang percaya pada mitos turun-temurun untuk mengelak kehamilan seperti makan makanan yang ‘tajam’, melompat-lompat dan mencuci kemaluan selepas mengadakan hubungan seks atau melakukan seks ketika haid, sedangkan ia terbukti tidak berkesan.

Walaupun ada keinginan terhadap seks, pengetahuan kebanyakan remaja mengenai fisiologi dan kesihatan reproduktif sangat rendah. Ini menyebabkan mereka terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan dan antara komplikasi yang berkait rapat dengan kehamilan pada usia remaja ialah:



  • Tekanan darah tinggi ketika mengandung (praeklampsia dan eklampsia — iaitu berlaku keadaan serius akibat tekanan darah tinggi pada hujung kehamilan atau sejurus selepas melahirkan anak; seluruh tubuh mengalami konvulsi dan pesakit akhirnya koma).







  • Kelahiran pramatang.







  • Kurang berat badan dan tidak cukup zat — kurang memberi perhatian kepada aspek pemakanan juga antara perkara biasa yang berlaku di kalangan remaja hamil dan ini boleh menyebabkan masalah kekurangan zat dan pucat.







  • Pucat — akibat pemakanan tidak teratur atau tidak cukup.







  • Tidak mendapat pemeriksaan antenatal sewajarnya — masalah ini biasanya dihadapi remaja yang hamil di luar perkahwinan.







  • Pengguguran — ia boleh mengancam nyawa ibu jika pengguguran dilakukan oleh orang tidak bertauliah atau dengan cara tidak selamat.







  • Kematian ibu dan bayi — kematian berkaitan kehamilan adalah punca utama kehilangan nyawa di kalangan remaja 15 hingga 19 tahun (sama ada berkahwin atau tidak). Ibu remaja berdepan risiko 20 hingga 200 kali ganda meninggal dunia berbanding wanita dalam lingkungan umur 20 hingga 24 tahun. Kematian bayi yang dilahirkan ibu remaja juga dua kali lebih tinggi berbanding ibu dewasa.







  • Kehamilan yang terlalu kerap — ini kerana mereka tidak tahu kaedah pencegahan kehamilan atau perancangan keluarga yang berkesan.







  • Jangkitan penyakit kelamin — risiko lebih tinggi jika remaja mempunyai ramai pasangan.

    Pensyarah Jabatan Psikologi Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Madya Dr Hariyati Shahrima Abdul Majid berkata, perkahwinan bawah umur juga boleh memberi kesan kepada kesihatan mental, emosi, sosial dan kerohanian remaja.

    Sehingga kini dianggarkan 16,000 remaja perempuan di bawah umur 15 tahun di negara ini mendirikan rumah tangga dan kajian menunjukkan remaja yang berkahwin sebelum umur 18 tahun kehilangan empat tahun persekolahan berbanding orang yang berkahwin lebih lewat.

    “Alam persekolahan bukan sekadar tempat menimba ilmu pelajaran, di situlah berlakunya perkembangan personaliti, persediaan melangkah ke alam dewasa yang secara tidak langsung menyumbang kepada kesejahteraan keluarga dan masyarakat serta kemampuan menjana ekonomi keluarga.

    “Anak daripada ibu yang kurang berilmu mempunyai kecenderungan mengulangi corak hidup sama seperti ibu mereka. Remaja perempuan yang kahwin awal juga kerap berdepan isu ditinggalkan sama ada perceraian atau perpisahan.

    “Di Jawa, didapati remaja perempuan yang kahwin awal berisiko tiga kali lebih tinggi untuk diceraikan berbanding mereka yang berkahwin lebih lewat,” katanya.

    Menurutnya, antara kesan perkahwinan bawah umur (dan hubungan seks terlalu awal) yang lain ialah:







  • Keciciran sekolah — Kajian juga mendapati remaja perempuan yang aktif melakukan hubungan seks lebih cepat baligh, kurang minat bersekolah dan mula berpacaran pada usia muda.







  • Perkembangan kemahiran menjaga kehormatan diri terjejas — kebanyakan remaja tidak tahu bagaimana hendak menolak pelawaan mengadakan hubungan seks, tiada kemahiran menyelesaikan masalah dan belum bijak membuat keputusan.

    Dr Hariyati berkata, meskipun sudah baligh, pemikiran remaja belum sampai ke tahap yang membolehkan mereka mengawal emosi, mampu menangani cabaran sebagai suami, isteri atau ibu bapa. Bagi remaja perempuan, mereka mungkin masih belum bersedia menjadi ibu kerana mereka sendiri masih mentah.

    Berdasarkan kajian otak yang dijalankan Institut Kesihatan Mental Kebangsaan pada 2000, bagi kebanyakan orang didapati bahagian otak yang terbabit dalam kewarasan alasan, pemikiran logikal, penyelesaian masalah, membuat keputusan dan kawalan emosi belum berkembang sepenuhnya hinggalah mereka berumur 20 tahun.







  • Tekanan — Dalam usia sangat muda, remaja terpaksa berdepan realiti kehidupan, iaitu bukan saja memikul tanggungjawab sebagai suami/ isteri dan bapa/ ibu, bahkan mereka memerlukan kemahiran membuat keputusan, penyelesaian masalah yang berkesan, pengurusan kewangan dan emosi serta keupayaan berkomunikasi dengan baik.







  • Risiko anak terabai — Masalah penjagaan anak selalu menjadi isu yang mendesak, terutama jika pasangan remaja ini perlu bekerja untuk menyara kehidupan. Oleh kerana tidak mempunyai kelulusan (pelajaran), peluang mendapatkan pekerjaan baik juga terbatas, malah gabungan pendapatan suami dan isteri mungkin masih tidak mencukupi bagi perbelanjaan mereka sebulan.

    Untuk mengatasi masalah ini, ramai akan bekerja lebih masa atau mencari pekerjaan sampingan. Akibatnya, anak pasangan remaja berisiko mengalami pengabaian, keciciran dan kekurangan zat pemakanan.







  • Kerap bertengkar dan kemungkinan bercerai — Kesukaran hidup antara faktor utama yang membuat ramai orang tertekan. Kekasaran dan keganasan dilaporkan sering berlaku apabila pasangan muda tertekan dan bertengkar. Jika ia kerap berlaku, perkahwinan mungkin tidak dapat bertahan lama.




  • Penganiayaan — Ini termasuk isteri diabaikan dan ditinggalkan sendirian selepas bersalin, bayi tidak dibawa ke klinik untuk suntikan imunisasi. Ada juga kes suami menjual bayi yang baru dilahirkan untuk mendapat wang.

    Bagi remaja hamil luar nikah, kesannya lebih besar kerana mereka kurang mendapat sokongan keluarga. Perkara ini mendorong sesetengah remaja bertindak nekad membuang bayi sendiri untuk menutup malu; dan lebih teruk jika tidak mendapat bimbingan, ada kemungkinan mereka mengulangi kesilapan.





  • Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
    norlaila@hmetro.com.my
    Sumber : HM

    ..................................................................................................................................................................

    Artikel di atas saya ambil bagi tujuan penbincangan siapa yang sudi berkongsi pendapat, bagi blogger di luar sana. Saya tahu ramai yang masih di alam persekolah dan universiti....

    Apa pendapat anda perkawinan awal usia seperti 13 hingga 16 tahun....

    Sukses! Gagal!

    By On 3:23:00 PM
    Kawan saya kata dalam hidup dia tak pernah gagal
    Saya kata dalam hidup saya gagal adalah sahabat!


    Terima Kasih Encik Hubby

    By On 11:22:00 AM
    Syukur Allhamdulillah...

    Salam, selamat berhujung minggu...

    Saya keje seperti biasa... 1st day for 2nd week of February...

    tajuk enty hari ni to thanx for my encik hubby....

    semalam dia baru balik dari Genting dan KL, bersantai bersama klik ofisnya....
    sempat dia membelikan saya tudung....

    siap pakai keje hari ni.....



    walaupun x la seberapa kan... its ok for me... bukan la saya minta dia rumah besar ke kereta besar ke... hehehe... janji pasangan kita ikhlas, bagi apa yang dia mampu.....

    minggu lepas.... encik hubby bawa pulang tiga pasang shoes.... mana dia beli pun saya tak tahu....


    hehe... abaikan putributterfly yang duk posing tu....


    Maksudnya : Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. (an-Naml 27, ayat 19)

    (anda boleh mengamailkan ayat ini untuk kebahagiaan rumahtangga)


    Saturday, February 11, 2012

    Subhanallah! Kuasa Air Membelah Jalanraya

    By On 3:14:00 PM
    Subhanallah! Kuasa Air Sungai Membelah Jalanraya. Air merupakan anugerah Allah yang tak terhingga kepada umat manusia yang hidup di muka bumi. Tanpa air, kehidupan tidak dapat dijalankan. Bayangkan sahaja planet Marikh dan lain-lain, kerana tiadanya sumber air, kehidupan di planet-planet tersebut ternyata sangat mustahil. Bagi kebanyakkan orang, air tampak kurang berbahaya dan mempunyai fizikal yang agak lemah jika dibandingkan dengan api. Tapi ketahuilah bahaya air sebenarnya mempunyai kuasa yang terpendam. Tragedi tsunami di Indonesia dan Jepun menjadi saksi tentang kehebatan kuasa air.


     Di bawah merupakan satu lagi kejadian pelik tentang kehebatan air yang dapat membelah sebuah jalanraya dengan mudah sekali. Mari kita saksikan!





    Sumber : harian-metro-online

    Thursday, February 9, 2012

    Rahsia Di Sebalik Tujuh Ayat Surah al-Fatihah

    By On 9:13:00 PM

    Surah al-Fatihah ada tujuh ayat. Kalau kita lihat, tujuh ayat dalam Al Fatehah itu dirangkapkan dua ayat, dua ayat. Ia seolah-olah berbentuk sajak. Hujungnya disamakan iaitu sama ada huruf mim atau huruf nun di akhir setiap ayat. Ada ayat yang berakhir dengan ‘mim’ dan ada ayat yang akhirnya dengan ‘nun’. Ayatnya seolah-olah bahagian akhirnya dipasang-pasangkan.


    Sebenarnya dalam jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh ini, ada hikmah yang besar. Secara isyarat, ia ada hubungan dengan manusia dan dengan ciptaan Tuhan.
    Antaranya ialah:
    • 1. Tujuh ayat menggambarkan tujuh hari dalam seminggu
    Dalam tujuh hari itulah sama ada manusia hendak jadi jahat atau jadi baik, dapat rahmat atau dapat laknat, dapat bahagia atau celaka, jadi kafir atau jadi mukmin, kaya atau susah, sakit atau sihat. Apakah ada hari yang lain selain daripada tujuh hari itu (yakni Ahad hingga Sabtu)? Tentu tidak. Ertinya dalam masa seminggu, kalau seseorang itu benar-benar menghayati Al Quran; yang intipatinya ada dalam tujuh ayat Fatehah itu, sehingga ia benar-benar berperanan dalam hidupnya, maka dalam seminggu itu dia boleh selamat. Kalau Fatehah tidak berperanan pada dirinya dalam seminggu, maka akan kena laknatlah dia. Huru-hara, haru-biru dan celakalah hidupnya.
    • 2. Tujuh ayat berkait dengan tujuh anggota badan
    Dalam seminggu itu sama ada manusia jadi baik atau buruk, ditentukan oleh anggota yang tujuh. Sebab itu dalam sembahyang; yang mana sembahyang itu adalah rukun Islam yang kedua; kesemua tujuh anggota ini terlibat atau digunakan. Kalau agama lain, mereka menyembah Tuhan tidak melibatkan semua anggota. Sebaliknya dalam ajaran Islam, semua anggota terlibat untuk tunduk dan patuh kepada Tuhan.

    Ketujuh-tujuh anggota itu ialah:

    a.) Kepala – ini termasuklah anggota-anggota yang ada di kepala seperti mata, mulut, telinga, lidah dan lain-lain. Kegunaan kepala pula ada bermacam-macam jenis.
    b.) Dua tangan – ia juga banyak peranannya. Ia boleh berbuat baik atau berbuat jahat, boleh bunuh orang, boleh selamatkan atau celakakan orang.
    c.) Kedua-dua lutut
    d.) Kedua-dua tapak kaki

    Dalam sembahyang, anggota-anggota sujud itu merupakan tujuh anggota penting tubuh manusia. Semuanya terlibat dalam solat. Dalam doa Iftitah kita menyebut, “Hidupku dan matiku adalah untuk Allah.” Ertinya semua anggota yang penting dalam diri kita ini secara tidak langsung sudah kita ikrarkan bahawa kita serahkan pada Allah. Ertinya kita akan menggunakannya ke jalan Allah sebagaimana yang Allah kehendaki. Oleh itu kalau kita sedari dan hayati, apa yang disebut dalam bacaan melibatkan juga anggota dalam perbuatan.
    • 3. Tujuh ayat berkait dengan tujuh Neraka dan tujuh Syurga

    Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau intipati Quran dapat dihayati atau tidak dapat dihayati, itu yang akan menentukan nasib seseorang nanti sama ada Neraka yang tujuh atau Syurga yang tujuh. Semua ditentukan oleh intipati Al Fatehah. Kalau Al Fatehah berperanan dalam hidupnya, dia akan dapat salah satu dari tujuh peringkat Syurga. Kalau tidak dapat dihayati dan tidak dapat dijadikan amalan hidup, dia akan masuk salah satu dari tujuh peringkat Neraka.


    • 4. Tujuh ayat itu juga menggambarkan di dunia ini ada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi
    Di langit ada macam-macam makhluk Allah yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Demikian juga dengan tujuh lapis bumi yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Ramai ahli sains yang membuat kajian sudah mengesahkannya tetapi ia setakat hubungan yang lahir.

    Sebenarnya ia bukan sekadar hubungan yang lahir sahaja. Manusia bukan hanya berhubung dengan matahari, bulan dan bintang sahaja. Tidak juga hanya berhubungan dengan isi bumi, lautan, hutan, binatang, tanaman dan seumpamanya. Bahkan manusia juga berhubung rapat dengan makhluk yang ghaib seperti malaikat.

    Malaikat juga menentukan hidup manusia. Kenapa? Sebab ia juga tumpang mendoakan manusia pada Tuhan dan ia juga boleh tumpang melaknat manusia. Tetapi hal yang ghaib ini ahli sains tidak dapat kesan. Mereka hanya mampu kesan yang lahir seperti hubungan matahari dengan manusia, hubungan bulan, pasang surut air laut, bintang-bintang dengan kehidupan manusia. Tentang malaikat, mereka tidak tahu.Padahal malaikat ikut campur tangan dalam menentukan keselamatan manusia. Mereka juga mendoakan dan memberi berkat dengan izin Tuhan. Mereka juga melaknat manusia dengan izin Tuhan kerana kederhakaan manusia. Perkara yang ghaib ini ahli rohani sahaja yang boleh kesan tetapi saintis tidak boleh kesan.

    Selain malaikat, jin-jin juga ada hubungan dengan hidup manusia. Ini tidak dapat dikesan oleh ahli sains, tetapi boleh dikesan oleh ahli-ahli rohani. Apa maksud jin-jin juga terlibat? Jin itu hidupnya ditumpangkan dengan manusia. Dia bergaul dengan manusia. Oleh sebab itu, apa bahasa manusia itulah bahasa jin. Kalau di Malaysia menggunakan bahasa Melayu, jin pun bercakap dalam bahasa Melayu. Di Indonesia, jin bercakap bahasa Indonesia. Kalaulah di Malaysia ada jin yang berbahasa Indonesia, bermakna jin itu berasal dari Indonesia. Jin di negara Arab berbahasa Arab. Jadi jin tumpang bahasa manusia itu untuk menunjukkan manusia lebih mulia dari jin.

    Selain itu, jin juga tumpang belajar dengan manusia. Firman Allah di dalam Al Quran:Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (nya) lalu mereka berkata, ‘Diamlah kamu (untuk mendengarkannya) .’

    Ketika pembacaan itu selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan.” (Al Ahqaf: 29)
    Mujurlah kita tidak nampak jin sebab kita tidak akan sanggup hendak melihatnya. Begitu juga soal makan. Jin kafir makan tulang-tulang haiwan yang disembelih oleh orang kafir. Jin Islam pula tumpang makan tulang-tulang binatang yang disembelih oleh orang Islam. Oleh sebab itu berhati-hatilah apabila membuang tulang.

    Buanglah pada tempatnya. Kalau tulang-tulang itu dibiarkan bersepah, jika ada jin yang datang untuk makan lalu terlanggar anak kita maka akan timbul masalah.
    • 5. Tujuh ayat ini kalau kita jadikan panduan, ia boleh didik nafsu kita yang tujuh peringkat.
    Inilah hikmah terpenting dari jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh itu. Makin kita hayati, makin kita dapat mendidik diri dan nafsu kita. Bila dikategorikan, nafsu manusia ada tujuh peringkat iaitu:i. Nafsu ammarahii. Nafsu lawwamahiii. Nafsu mulhamahiv. Nafsu mutmainnahv. Nafsu radhiahvi. Nafsu mardhiahvii. Nafsu kamilah

    Isi Al Quran itu terkandung dalam Al Fatehah yang terdiri dari tujuh ayat. Nafsu ada tujuh peringkat dan ayat Al Fatehah juga ada tujuh. Itu bukan kebetulan. Hikmahnya adalah, kalau Al Fatehah ini dihayati, nafsu boleh menjadi baik. Nafsu itulah yang menentukan celaka atau bahagia, patuh atau tidak patuhnya kita pada Tuhan. Paling-paling lemah, Al Fatehah atau isi Al Quran ini dapat mendidik nafsu sampai ke peringkat mulhamah. Walaupun nafsu mulhamah ini masih belum mantap, masih goyang tapi itu pun dikira sudah baik. Itulah nafsu orang soleh. Manakala mutmainnah pula, ia peringkat nafsu yang sudah istiqamah, sudah tetap serta tidak mudah goyang.

    Di sini juga dapat kita faham bahawa manusia akan bermula dengan nafsu yang paling jahat kepada nafsu yang paling baik kalau dia benar-benar mengendalikan nafsunya itu. Kalaulah manusia menghabiskan banyak masanya untuk mempelajari hal-hal yang berkaitan dengan nafsu dan mempraktikkannya, sesungguhnya manusia akan mampu meningkatkan dirinya dari tahap ke tahap. Dia akan dapat meningkatkan dirinya daripada bernafsu ammarah kepada lawwamah, mulhamah, mutmainnah dan paling tinggi akan sampai kepada mardhiah. Namun ada di kalangan manusia yang mampu sampai kepada nafsu kamilah; nafsu yang paling atas; iaitu para nabi dan rasul. Manusia biasa boleh menjangkau sampai nafsu mardhiah sahaja kalau dia sangat berusaha mengendalikan nafsunya.

    Cara untuk kita mengendalikan nafsu hingga sampai ke taraf malaikat, itu semua mesti dirujuk kepada Al Quran. Ia tidak boleh dirujuk kepada ilmu jenis lain. Siapa yang boleh menguasai Al Quran sepenuhnya dan mempraktikkan Al Quran terhadap nafsunya, maka dia akan merasai bagaimana dia merangkak beralih dari satu tahap ke satu tahap. Hebatnya Allah kerana menciptakan dalam diri manusia, satu nafsu yang tidak boleh dilihat tetapi memang berperanan. Kalau manusia mahu, dia boleh mentadbir nafsunya itu. Tetapi untuk itu ianya mesti dirujuk kepada Al Quran.

    Ayat Al Quran itu terlalu banyak, namun Allah yang Maha Bijak telah meminta kita memberi tumpuan kepada tujuh ayat sahaja. Kalau kita boleh mengambil tujuh ayat ini untuk kita kuasai segala kekuatan yang ada di dalamnya maka kita akan boleh mengendalikan nafsu kita. Yang sebenarnya kalau kita boleh kuasai tujuh ayat itu, kita boleh sampai ke peringkat ketujuh, yang mana nafsu itu boleh kita tadbir dan kuasai. Nabi-nabi boleh melakukannya hingga mereka sampai peringkat ketujuh itu.

    Surah Fatihah Dibaca Dlm Setiap Solat

    Allah yang menciptakan nafsu itu tujuh peringkat, tahu untuk memadankannya dengan tujuh ayat dari surah Al Fatehah itu. Allah SWT menetapkan kekuatan tujuh ayat Al Fatehah itu boleh mengendalikan tujuh peringkat nafsu itu walaupun sifatnya tidak sama. Namun kita seperti diberi amaran bahawa kebanyakan manusia tidak akan mampu untuk mengambil seluruh kekuatan Al Fatehah itu untuk memerangi nafsu sehingga peringkat tertinggi melainkan setakat mulhamah atau paling tinggi mutmainnah.

    Maha Besar Tuhan yang mampu mencipta tujuh ayat yang dengan kekuatannya mampu berhadapan dengan tujuh peringkat nafsu. Saintis pun tidak pernah boleh mengesan kehadiran nafsu itu tetapi Allah boleh wujudkannya dan Allah berkata bahawa Dia membuatnya sebanyak tujuh jenis. Namun orang rohani yang diberi ilham oleh Allah boleh melihat kekuatan Al Fatehah ini yang dirangkum dalam tujuh ayat. Rupanya walaupun ilmunya ilham tetapi ia bersifat falsafah. Iaitu melihat keajaiban ciptaan Tuhan merangkumkan kekuatan 6,666 ayat itu ke dalam tujuh ayat sahaja yang mana ia boleh dipakai untuk mengendalikan tujuh peringkat nafsu. Ia bukan kebetulan. Seseorang yang dhaif dalam mengambil tujuh ayat ini maka dia akan dhaif dalam mengendalikan tujuh tahap nafsu itu.

    Jadi di sini kita sudah nampak kebesaran Fatehah padahal baru memperkatakan kulit atau muqaddimahnya sahaja. Baru di pintu Fatehah, belum masuk ke dalam tetapi sudah nampak besar isinya. Oleh sebab itulah saya lebih suka mengatakan Al Fatehah itu ‘Surah Yang Dapat Kemenangan’ daripada menamakan ia ‘Surah Pembukaan’.

    Kalau ulama masyhurkan Al Fatehah itu sebagai Surah Pembukaan kerana ia diletak di depan Al Quran, itu tidak salah tetapi bagi saya elok dimasyhurkan sebagai Surah Kemenangan sebab pengertiannya lebih luas. Ini kerana ia merangkumi semua kehidupan langit dan bumi, yang ghaib dan rohani seperti Syurga, Neraka, nafsu dan lain-lain. Tuhan sendiri dalam menamakan surah ini menggunakan isim fi’il – ‘yang telah mendapat kemenangan’.

    Lebih baik makna ini kita masyhurkan kerana Surah Fatehah itu menentukan seseorang itu mendapat kemenangan atau tidak sama ada di dunia mahupun di Akhirat. Agar dengan itu hidup ini dipandang berat dan tidak disia-siakan. Jangan dianggap semuanya kebetulan. Ia ada hubung kaitnya dengan hidup kita.

    Sunday, February 5, 2012

    Salam Maulidur Rasul

    By On 1:18:00 AM


    PUTRAJAYA – Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun ini bertemakan “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” akan diadakan di Dewan Solat Utama, Masjid Putra, di sini Ahad, 5 Februari 2012.

    Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha dalam satu kenyataan berkata majlis akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, dan akan turut berangkat hadir Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

    Hadir sama ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

    Majlis bermula dengan perarakan kontinjen agensi-agensi kerajaan, badan berkanun, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan, dari Istana Kehakiman pukul 7 pagi berakhir di Dataran Putra.

    “Acara kemuncak ialah upacara pengurniaan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1433H, di mana sembilan penerima akan dipilih, termasuk seorang penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul,” katanya. – Bernama

    ps: bagi anda yang berada berhampiran Putrajaya boleh ikut bersama....

    Friday, February 3, 2012

    Kasih Kepada Rasul

    By On 2:39:00 AM
    Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: “Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu: cintakan Nabimu, cintakan keluarga Nabimu dan membaca al-Quran”.

    (Hadis Riwayat al-Dailami dan as-Suyuti)

    Huraian:

    1.   Menjadi kewajipan para ibu bapa mengajar anak-anak mencintai Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya kerana kita perlu beradab dengan Rasulullah SAW dalam semua keadaan sekalipun baginda sudah wafat. Ibu bapa juga hendaklah sentiasa menitikberatkan anak-anak supaya membaca al-Quran dan mengamalkannya.

    2.    Mengasihi Rasulullah bukan sekadar berselawat memuji baginda sahaja tetapi hendaklah beserta dengan mencontohi segala tindakan dan akhlak baginda. Mengasihi Rasulullah SAW
    mestilah disertakan dengan segala tindakan anggota badan iaitu dengan mendirikan segala kewajipan beribadat serta berusaha melaksanakan tuntutan yang lain sebagai menandakan keyakinan yang tidak berbelah bahagi terhadap kebenaran Islam yang dibawa oleh baginda.

    3.   Cintakan keluarga baginda pula bererti menjaga kemuliaan atau nama baik keluarga Rasulullah SAW dan tidak membiarkan sebarang fitnah dan cercaan dilakukan oleh orang-orang kafir atau pihak musuh Islam.

    Al-Quran sebagai kalam Allah dan peninggalan Rasulullah SAW, maka sebagai menjaga keteguhan iman dan akidah, seorang Muslim itu hendaklah sentiasa membacanya dan menjadikan al-Quran sebagai petunjuk dan pedoman agar terhindar daripada kejahatan dan kesesatan.


    Jom Selawat bersama Raihan

    Nilai Seorang Manusia

    By On 2:27:00 AM
    Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.”    
                                                                                        
    (Riwayat Muslim)

    Pengajaran Hadis:

    Setiap manusia nilainya yang paling utama terletak pada amal perbuatan yang dilakukannya bukanlah pada rupa parasnya. Jika baik tingkah lakunya maka baiklah dia pada pandangan kita, begitulah sebaliknya.

     
    Namun pada pandangan Allah SWT selain daripada tingkah laku dan amalan, nilai yang terpenting adalah pada niat orang yang melakukan sesuatu amal perbuatan itu sendiri.

    Maksud niat di sini adalah tujuan sesuatu perkara dilakukan iaitu sejauh mana keikhlasannya
    kerana sesuatu kebaikan yang ada “udang di sebalik batu” tidak boleh dikategorikan sebagai
    ikhlas di mana maksud ikhlas tersebut ialah membuat sesuatu kebaikan semata-mata kerana
    kebaikan itu sendiri dan tidak mengharapkan balasan selain daripada balasan Allah SWT.

    4.    Lawan ikhlas adalah riyak iaitu membuat sesuatu kebaikan dengan tujuan (niat) untuk menunjuk-nunjuk (mengampu atau membodek). Sifat ini akan menolak pahala daripada Allah SWT.

    5.  
    Seorang yang ikhlas dalam kerjanya bererti dia tidak akan melaksanakan kerja yang diamanahkan itu sekadar melepaskan batuk di tangga atau bukan semata-mata kerana upah yang diterimanya setiap bulan bahkan dia menganggap kerjanya itu sebagai satu ibadah di mana wajib ke atasnya melaksanakan tanggungjawabnya itu dengan sempurna dan memuaskan.

    Bekerja dengan niat yang ikhlas akan meningkatkan produktiviti dan dapat menghasilkan kerja-kerja yang bermutu di mana keikhlasan akan dapat menjamin kehidupan yang mulia di dunia dan akhirat.



    Popular

    Follow by Email