Mana Hilangnya Juwita?

Semalam ps, sempat menonton drama bersiri ni, walaupun sekejap... Secara peribadi, sebagai spectator atau penonton biasa, pemamaparan wordrobe para pelakon walaupun sesuai dengan karekter dalam drama tersebut, tapi agak keterlaluan.... mungkin setengah penonton menggap pemilihan wordrobe tersebut sangat sesuai dan up to date.... tapi bagaimana kalau anak-anak kecil kita menontonnya, yang belum tahu apa maksud semua itu? mereka hanya dapat memandang seksinya pelakon tersebut, walaupun mereka tak faham..... bak kata putributterfly "ieeee.... tak malu kan dia"..... 

Pendedehan unsur yang tidak elok secara bereterusan kepada penonton akan memberi kesan negetif kepada perkembangan anak-anak sehingga mereka dewasa... ia juga disokong oleh teori kognitif sosial (SCT).

Teori 
Teori Kognitif Sosial (SCT) dibentuk pada tahun 1986, apabila Albert Bandura melancarkan bukunya yang bertajuk Foundations of Thought and Action: A Social Cognitive Theory. SCT memfokuskan mengenai bagaimana seseorang individu bertindak secara kognitif terhadap pengalaman sosial mereka dan bagaimana pemikiran kognitif ini kemudiannya mempengaruhi tingkahlaku dan perkembangan mereka. Bandura (1986) percaya bahawa perlakuan semasa, perlakuan lepas, perlakuan dalaman, dan perlakuan luaran seseorang individu akan saling mempengaruhi di antara satu sama lain.

Oleh itu, SCT menggabungkan gagasan pemodelan atau pembelajaran gantian sebagai salah satu kaedah pembelajaran sosial. Berdasarkan SCT, perlakuan manusia adalah dinamik dan berhubungan dalam bentuk timbal balik antara tiga faktor iaitu pengaruh persekitaran, tingkahlaku individu, dan faktor peribadi (antaranya faktor afektif, biologi dan kognitif) (Bandura, 1997).


Kepada ibu bapa, awasi anak-anak anda menonton rancangan yang terbaik untuk tumbesaran mereka.


Sinopsis cerita
Sinopsis drama ini bermula dengan Anggun, kakak Juwita yang ingin membongkar kehilangan adiknya. Anggun, gadis kampung merantau ke bandar setelah mendapat tahu Juwita hilang. Juwita yang selama ini menjalani kehidupan sebagai pelajar dan juga model separuh masa di ibu kota disyaki terlibat dalam kancah pelacuran dan kegiatan dadah.   Dua minggu sebelum kejadian kehilangan Juwita diketahui, sebuah parti liar telah dianjurkan di ibu kota. Semua model-model popular dan orang bandar menghadiri parti tersebut. Pelbagai insiden berlaku di parti itu sehinggakan sekujur tubuh kelihatan dihapuskan. Adakah itu Juwita? Akibat tidak dapat menghubungi Juwita selama beberapa hari, Anggun tidak dapat duduk diam. Nalurinya mendapati ada sesuatu yang buruk menimpa Juwita. Berbekalkan alamat yang diberikan Juwita setahun yang lalu, Anggun mengambil keputusan untuk ke bandar bagi mencari adiknya. Dalam perjalanannya ke Kuala Lumpur, dia terlibat dalam kemalangan dan hampir dirogol oleh orang mabuk yang berkeliaran di flat usang. Anggun ingin melaporkan kehilangan Juwita dibalai polis, namun Detektif Yuni menasihatkannya agar tunggu terlebih dahulu. Akibat terdesak, Anggun menghubungi Haider, bekas kekasihnya untuk mendapatkan bantuan. Mereka sudah lama tidak bertemu selepas Haider mengambil keputusan untuk merantau ke kota kerana patah hati. Adakah bantuan itu berhasil? Dapatkan Anggun membongkar misteri kehilangan Juwita? Adakah Juwita benar-benar terlibat dalam kancah maksiat ibu kota? 

Video Ekslusif Mana Hilangnya Juwita?

Drama bersiri 15 episod ini adalah arahan Joeza Rasidi terbitan produksi Padi Pictures Sdn Bhd yang memfokuskan kisah penculikan yang seringkali terjadi di komuniti kita. Disiarkan menerusi saluran ASTRO RIA 104.








12 comments:

  1. tk sempat tgklah best juga yek citer nyer!

    ReplyDelete
  2. lupa plak nk tgk citer.. dh tido.. hehe

    ReplyDelete
  3. klu cter yg paparkan pelakon seksi2, mmg penin kepala nk menjawab dgn Amsyar sbb nnt dia tnya 'knp org tu x pakai tudung?' adoyaiiii

    ReplyDelete
  4. saya tengok gak sekejap semalam.. tapi tula.. tak berapa senonoh sangat la kan.. tak suai ditonton oleh bebudak... moralnya tak banyak tapi bnyak sangat benda negatif nak tunjuk oleh budaya melayu.. malu je

    ReplyDelete
  5. best ker cite nih?sbb mcm complicated sgt...hehe

    ReplyDelete
  6. KALAU CERITA MELAYU,BUI MMG TAK LAYAN SANGAT..^_^

    ReplyDelete
  7. tertengok sekejap. memang melampau betul adegan2 drama ni. Urban sesangat ke? adoii...

    ReplyDelete
  8. pukui berapa eks cite ni...tak perasan masa tgk promo tu ;g pun kat rumah ni semua nk tgk musabaqah :)

    ReplyDelete
  9. tengok promotion cete ni cam best... cik en x sbr nk tgk.. harap2 x bz...

    p/s : emailkan cik en nama dan alamat untuk pemberian cenderahati tu... tahniah sx lagi

    ReplyDelete
  10. P/S: AHALA.. CIK EN DAH BETULKAN.. MMM SORY..MYBE TERDELETE KOT..

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.