Berita Kampus : TIDAK SABAR TUNGGU PENTAULIAHAN PALAPES

Oleh: Samsudin Oli Mohamed
Gambar oleh: Muhammad Shamsul Shafie dan Ahmad Akmal Fais Harun



UUM ONLINE: Pegawai Kadet, Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang berkampung di Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak sabar menunggu Istiadat Pentauliahan DiRaja Pegawai Kadet Palapes ke-31 yang akan diadakan pada 17 Julai ini.

Siswi Program Ijazah Komunikasi dari Universiti Sains Malaysia (USM), Pegawai Kadet Kanan Palapes Laut Nurfatin Othman 23, ketika ditemui berkata, kepenatan selama tiga tahun menjalani latihan pasti akan terubat dan dapat kepuasan apabila dianugerahkan sebagai Leftenan Muda nanti.

“Saya dan rakan-rakan dari USM khususnya dan 16 IPTA lain tidak sabar menunggu saat pentauliahan daripada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, ” kata Nurfatin yang berasal dari Sarawak.

Manakala Pegawai Rendah Kanan Zul Zhafri Roslan 25, dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia  (UTHM) bertekad meneruskan pembabitannya dalam angkatan tentera sekiranya diberi peluang selepas ditauliahkan nanti.

Bagi Pegawai Rendah Muda Lugman Primang 21, dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Samarahan, Sarawak pentauliahan yang akan diadakan pada 17 Julai ini amat ditunggu-tunggu sebagai hadiah kepada keluarganya.

“Saya juga bangga sebagai anak sulong dapat mengikuti semua latihan yang ditetapkan dalam masa tiga tahun dan akan memperaktikkannya dalam kehidupan seharian serta kerjaya saya seperti menghargai masa, disiplin serta mematuhi arahan yang diberi,” katanya ketika ditemui semasa menyertai latihan di padang kawad Palapes UUM.  

Dalam pada itu Pegawai Kadet Muammar Hafiz Abdul Nain 21, dari UiTM Arau Perlis yang ditemui berkata, pentauliahan ini menambah seorang lagi ahli keluarganya dalam ketenteraan.

“Pentauliahan ini juga amat bermakna bagi saya kerana dapat jejak dalam bidang ketenteraan sama seperti ayah, kakak dan abang ipar,” katanya.

 

Istiadat Pentauliahan DiRaja Pegawai Kadet Palapes ke-31 ini akan menyaksikan seramai 1284 Pegawai Kadet dari tiga perkhidmatan iaitu Darat, Laut dan Udara akan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

 

Kesemua mereka dari 16 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ini kini menginap di lapan Dewan Penginapan Pelajar (DPP) dikampus ini.

Sementara itu Ketua Jurulatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan UUM, Leftenan Kolonel Roslan Hussin ketika ditemui berkata, seramai 2,959 yang menginap di kampus ini terdiri daripada 1284 Pegawai Kadet dan 1675 Pegawai Kadet Pembantu, Jurulatih, Urusetia dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Habis.
===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3007/3014/3066/4078
FAKS: 04-928 3016


PS: ada cerita di sebalik perkampungan palepes ni.... mereka mula daftar dan lapor diri di kampus UUM pada hari Ahad yang lalu 1 Julai 2012. Memandangkan, 30 Jun 2012 hari Sabtu adalah hari terakhir peperiksaan akhir semester, semua cafe di dalam kampus tutup. 

Pada hari Ahad tu, ps janji breakfast sesama dengan member ni. So, kami pusing-pusing cari cafe mana yang buka last sekali pergi ke satu dewan penginapan pelajar ni. Kat cafe tu ada makanan. Sebelum tu, ps dah terfikir "macam tak ade orang je".... 

Sampai kat cafe tu, kami tak fikir panjang terus ambil makanan yang dihidangkan. Ps tengok makanan "kenapa dalam 4 tray ni ada meehun dan 3 tray ada nasi goreng".... menu sama ja.... "xpe la ambil jer la".... bila dah ambil, ps sempat jeling pada member ps tengah ambil air. 

Bila nampak member ps ambil air tu, ps dah terfikir ni bukan makanan kat cafe ni, kenapa ambil air kat situ? biasanya cafe ni akan sediakan minuman tempat kaunter! dan nampak member ps ditegur.... "ni bukan makanan cafe punya, ni makanan palapes punya".... habis macamana dik akak dah ambil, tak pe la akak bayar jer! " "tak apa la akak makan ja, lagi pun bahan-bahan makanan ni semua palapes bagi, kami tolong masak jer"..... hehehe....... ps menyampuk "kenapa tak letak sign dik, akak mana tau"... kami bayar la.... xper akak makan jer....... member ps reply "kawan akak ni pregnant, dah ambil kena makan dik".... xper kak ok jer! hehehe.... so, Ahad pagi yang mulia tu kami berdua makan free ler.... hi terima kasih ler palapes......

 

4 comments:

Powered by Blogger.