Geramku pada mereka.....

Assalamualaikum.... salam mesra semua.....

Bila masuk ofis tadi, hati berbunga mesra la konon macam kat bawah tu..... diziarahi pelajar dan rakan sekerja..... tapi yang ditunggunya belum tiba (pelajar).... 


Pagi-pagi lagi sms ps tak jadi datang pagi ada hal nak datang lepas zohor.... 3 orang yang lain, tak tahu apa cerita.... dari kelmarin ps duk pendam, bila sms keempat mereka ni, 3 yang reply... "ok nanti saya jumpa puan".... semua gara-gara tesis mereka yang belum siap, ps sms tanya khabar, kalau ada masalah datang jumpa then duduk kat bilik ps buat! Menjelang tengahari dapat lagi sms "tak tahu sempat ke tidak datang jumpa puan, keje belum settle" ps tak reply, nak seribu daya, tak nak seribu dalih.... kelmarin sms bagitau latop rosak, data hilang.... menjelang petang seorang lagi sms, data hilang latop rosak.... Hati terus layu... kelam...


Hadui... kita pula yang risaukan mereka..... mereka ni ambil mudah jer.... dah tahu benda tu penting buat back up.... tahun lepas lagi ps duk cakap..... 

Yang seorang lagi ni hari Isnin lalu datang jumpa ps (walaupun dia bukan bawah seliaan ps), dapat ps punya tesis master terus tak ada khabar berita sampai hari ni.... Janji kelmarin nak hantar kat ps..... haishhhh....

Buat kerja ikhlas, dapat ganjaran setimpal, ikhlas juga.... buat remeh ganjaran pun remeh..... sakit hati rasanya! Nampak jer ps lembut.... tahun-tahun lepas, dah ramai pelajar ps bagi C.... ada yang menipu ps pun ada.... sakit tak terhingga rasanya.... 


Kes 1
ps punya la buat correction tesis dia, dari satu emeil ke satu emeil reply.... rupanya apa yang dia reply kat ps tipu semata.... ps tahu dia dah balik kampung, so, jangan mudah untuk ps tolong dia, ps suruh dia buat correction n emeil to ps.... Malangnya, apa yang kawan dia hantar yang final dah siap hard cover, apa yang dia buat sebelum ps buat correction..... Terus ps bagi C.... Apa yang ps duk tolong dia by emeil tu tipu semata.... sedih sangat! dengan perasaan sedih ps emeil keua ps cerita semuanya... dia bagi nasihat supaya ps bagi markah yang setimpal mengikut skema markah pemarkahan...


Kes 2
Satu kes lagi dapat C+ sebab dia tak pernah jumpa ps..... last jumpa pada hari submit tesis.... merayu menangis dengan ps.... Dia cakap dia buat bagus, tak de lagi orang buat sebelum ni, sampai pukul 7 lebih malam juga la dia kat bilik ps.... merayu-rayu minta maaf..... family dah tunggu kat bawah nak balik kampung.... Bila dia beredar dari bilik ps, ps check satu persatu.... haduiyai..... binding pun silap, chapter tunggang langgang.... dengan objektif dan persoalan kajian awal-awal lagi dah salah.... pening kepala nak baca.... belek juga satu-satu.... memang tak capai tahap, tak faham apa dia buat!.... C+ markahnya....


Kes 3
Tahun lepas, ada seorang lagi dapat C+..... sebabnya last minute nak hantar baru dia sedar ps 1st supervisor dia.... bila dia hantar kat ps, ada yang silap ps suruh buat correction... malangnya dia buat tak buat.... ps tak paham apa yang dia nak buat, dan analisis dia salah... dia cakap oarang ni cakap buat macam ni, saya tiru senior pun buat macam ni..... ps malas nak fikir, kalau itu yang dia cakap betul, markah pun ps bagi markah betul la.... semua kes pelajar perempuan.... belum ada pelajar lelaki.... 

Kali ni, ps ada 3 orang pelajar lelaki yang bermasalah ni, dah ps usaha nak bantu mereka, tapi mereka tak mahu nak bantu diri sendiri.... jangan menyesal kalau ps strick juga bagi markah kalau ada salah apa yang mereka buat.....



Latihan Ilmiah ni 6 jam kredit, diberi masa 2 semester..... buat main-main, markah pun main-main dapat! Effect banyak pada CPA.... jangan menyesal..... WARNING!


ps: all the pics from googlke search... tq

18 comments:

  1. baik nya PS,bg peluang cm tu.tp dh dorg xreti nk guna kan.bia jelah.

    ReplyDelete
  2. SEBOLEHNYA sbg pendidik xnklah mereka gagalkan? kesian kat mak ayah depa tu nak kena keluar duit byk tp anak2 buat main2..

    ReplyDelete
  3. Bebudak macam tulah esok dah dapat C menyesal pun tak guno...

    ReplyDelete
  4. doa jer la spy mereka berubah... sy sgt risau krn mereka cuma ada 2 minggu lg... nak jilid hard cover dah take time... tp mereka ni buat remeh jer...

    ReplyDelete
  5. Bukan mudah.... nak buat tesis ni. ni saya nk masuk final sem. hope segala berjalan dgn lancar lah... cuti2 ni pun dok buat siritan literatur. kemaskini mana2 yg patut.

    ReplyDelete
  6. Kalau sekolah rendah dlm kelas boleh terus tiaw ini dah besar panjang serba-salah juga ye...

    Menagih kesabaran yg tinggi..

    ReplyDelete
  7. first time baca luahan hati lecturer...teringat zaman u dulu...

    ReplyDelete
  8. eheh sabojela.. macam2 kerenah manusia ni nak kene layankan

    ReplyDelete
  9. hehehe banyakkan cabaran lect ni. yg penting, sabar. students selalu last minit, including me huu :( semoga berubah. hehe

    ReplyDelete
  10. keje n sikap tak senonoh tp nak harap result gila2 best...huhu

    ReplyDelete
  11. sabaq yer ps..smg semuanya bejalan lancar :)

    dugaan seorg pndidik..

    ReplyDelete
  12. kalau dia tak dapat bantu diri dia sendiri nak buat mcm mana kan..terima ajer laa markah dengan usaha yang dia buat tu.

    dulu ms buat degree, supervisor sy sgt membantu, even tolong fightkan utk up markah :)

    ReplyDelete
  13. selamat ptg puan pensyarah....
    jadi warga pendidik kene byk bersabar...sbb tuh sy tak jadi pendidik sbb takleh sabar....hehehehhe

    Salam ukhwah

    ReplyDelete
  14. mcm2 kerenah manusia...ps sabar yer :))

    ReplyDelete
  15. Umi tabik gan sis ..sebab still mahu membantu pelajar yang tak menepati janji dan menguris hati sis ..

    harap pelajar2 sis .. dapat memperbaiki diri .. untuk masa depan mereka juga huuu

    ReplyDelete
  16. kita seboleh mgkin nak mereka berjaya kan..

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.