Ahmad Dhurrah vs Solat Sunat Dhuha

Assalmualaikum..... salam kebahagiaan semua......

Tetiba ps teringat nama ni, watak dalam drama yang dilakonkan oleh Rusdi Ramli.... dan tiba-tiba juga tetiba juga teringa solat sunat Dhuha.... Dah lama tak buat solat sunat Dhuha ni.... Dalam beberapa minggu ni ps ada baca tentang agama, bila masuk ofis tadi terasa nak buat dan mengerjakannya.... Allhamdulillah.... 

Contingency, dengan entry ps sebelum ni, bukan senang untuk mendapat kejayaan... Cuba amalkan solat sunat Dhuha ni setiap hari... InsyaAllah, ia kunci kepada pintu rezeki....


Semasa ps kat ofis lama, ada seorang cikgu bahasa ni yang berpangkat atuk pada Putributterfly, bilik ps berdekatan dengan biliknya.... Bila masuk ofis jer, lepas breakfast dia selalu ke toilet ambil wudhuk untuk solat sunat Dhuha... emmmm... bila tengokkan, rasa malu pada Nya kerana diri yang malas ini....

So, nak seribu daya kan... mendekati diri, membaiki diri untuknya akan rasa lebih bahagia.... walaupun bukan dengan meterial dunia.... rezeki kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan....

Allhamdulillah....

Jom, ps share cara Solat Sunat Dhuha:


1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Niatnya:


"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali


Baca doa ini selesai solat


Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Kelebihan Solat Sunat Dhuha:


Di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” – Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi
Hadis-hadis di atas jelas menunjukkan tentang kelebihan solat sunat dhuha dan betapa besar ganjarannya apabila kita menunaikan solat sunat dhuha dan sentiasa beristiqamah dengan solat sunat ini. Tambahan pula antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaan mengenai solat sunat ini, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” – Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Sumber : Permai1 dan myibrah.comdan

Selamat Beramal!




5 comments:

  1. Insyaallah...sama2lah kita berusaha untuk menjadi lebih baik...

    ReplyDelete
  2. nuyui : ok boleh jer...:-)

    Jun: em... btl tu...

    ReplyDelete
  3. alamualaikum..memang bnyk kelebihan Solat Duha kiranya diamalakan.InsyaAllah

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED