Salam Maulidur Rasul



PUTRAJAYA – Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun ini bertemakan “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” akan diadakan di Dewan Solat Utama, Masjid Putra, di sini Ahad, 5 Februari 2012.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha dalam satu kenyataan berkata majlis akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, dan akan turut berangkat hadir Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Hadir sama ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Majlis bermula dengan perarakan kontinjen agensi-agensi kerajaan, badan berkanun, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan, dari Istana Kehakiman pukul 7 pagi berakhir di Dataran Putra.

“Acara kemuncak ialah upacara pengurniaan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1433H, di mana sembilan penerima akan dipilih, termasuk seorang penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul,” katanya. – Bernama

ps: bagi anda yang berada berhampiran Putrajaya boleh ikut bersama....

No comments

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.