Nama disebalik title blog ku (part 2)


Keluarga 69 (1967)



Keluarga 69 ialah sebuah filem Melayu klasik bergenre komedi serta kekeluargaan yang diterbitkan pada tahun 1967. Filem Keluarga 69 diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Ia telah diarahkan oleh pengarah P. Ramlee pada 1967.

Pelakon

  • P. Ramlee sebagai Osman Bakar
  • Siput Serawak sebagai Minah
  • A. R. Tompel sebagai Orang Kaya Bakar
  • Salleh Ghani sebagai Badin
  • Shariff Baboo
Nasir mahir bermain alat muzik, mencipta dan mengubah lagu lalu berpindah ke ibu kota untuk mencuba naib. Razlan dilantik untuk menguruskan pancaragam itu. Malangnya Razlan tidak amanah, semua usaha baik Nasir terbuang begitu sahaja. Razlan meradang dan mengupah samseng untuk memukul Nasir. Ketika menerima rawatan, Nasir mendapat tahu bahawa Doktor Nora adalah seorang gadis dari kampungnya dan jatuh hati padanya. Nasir kemudian bertugas sebagai pengubah lagu di Syarikat Ahmad Daud tetapi Linda tidak menyukai ciptaan Nasir. Namun bila hasil karyanya menjadi masyhur, Linda jatuh cinta pula kepada Nasir.


Jimi Asmara (1995)


Jimi Asmara merupakan filem pertama arahan Erma Fatima pada tahun 1995. 

Sinopsis:
Untuk kesekian kalinya konsert Jimi Asmara mendapat sambutan hebat dan konsert kali ini menjadi kenangan kepada Engku Noraini kerana dapat bertemu penyanyi kesayangannya. Ketika yang sama, Jimi Asmara sedang dilamun cinta dengan Sabariah, seorang penyanyi kelab malam. Bintang Jimi Asmara semakin pudar apabila era Pop Yeh Yeh menguasai arena muzik tempatan. Orkes Bintang Biru di bawah pimpinannya menghadapi krisis, begitu juga cintanya pada Sabariah. Apabila Jimi Asmara berkeras mahu mengekalkan identitinya, dengan sendiri Bintang Biru berpecah. 

Dalam kemelut ini, Engku Noraini muncul sebagai penyelamat dan penenang jiwa Jimi Asmara. Perhubungan mereka dihalang oleh Engku Sulaiman (tunangan Engku Noraini), dan keluarganya. Engku Noraini memulihkan semangat Jimi Asmara dengan memberi bantuan moral dan kewangan. Jimi Asmara berjaya merakamkan album baru untuk kemunculan kali kedua. Keluarga Engku Noraini dan keluarga tunangannya bersetuju untuk mempercepatkan tarikh perkahwinan anak mereka. 

Tarikh perkahwinan mereka jatuh pada tarikh Jimi Asmara mengadakan konsert 'Malam Masih Ada Yang Sayang', satu konsert yang akan mengukur sejauh mana Jimi Asmara diterima dalam kemunculan kali keduanya. Jimi Asmara telah memberi kata dua kepada Engku Noraini supaya datang, atau konsert akan dibatalkan. Engku Noraini memilih Jimi Asmara dan konsertnya. Majlis perkahwinan dibubarkan dan Engku Noraini dihalau. Ketika sedang berdendang-ria di atas pentas, Engku Sulaiman datang menembak Jimi Asmara.


Mawar Merah (1987)




































Raja Ema
:
Arti (Pelakon Utama)
Mustafa Noor
:
Sufyan (Pelakon Utama)
Razis Ismail
:
(Pelakon Pembantu)
Noraini Hashim
:
(Pelakon Pembantu)
Isma Aliff
:
(Pelakon Tambahan)
Fauziah Nawi
:
(Pelakon Tambahan)











Sinopsis:
Arti dihantar ke Kuala Lumpur kerana ibu bapanya merasakan dia semakin liar dan tidak dapat dikawal jika terus tinggal di Indonesia. Dia dipelihara oleh nenek dan bapa saudaranya, Sufyan yang masih bujang. Mereka jatuh cinta tetapi menyedari hakikat tidak mungkin dapat berkahwin, Arti dan Sufyan mencari penyelesaian.

Anugerah yang dimenangi oleh filem ini :


Anugerah:
Festival Filem Malaysia ke 7 (1987)
:
Pelakon Lelaki Terbaik
Festival Filem Malaysia ke 7 (1987)
:
Lakon Layar terbaik
Festival Filem Malaysia ke 7 (1987)
:
Cerita Terbaik
Festival Filem Malaysia ke 7 (1987)
:
Bintang Harapan Wanita Terbaik
Anugerah (Pencalonan):
Festival Filem Malaysia ke 7 (1987)
:
Filem Terbaik
Festival Filem Malaysia ke 7 (1987)
:
Pengarah Terbaik

Nama disebalik title blog ku (part 1)

 

 

















































































































































3 comments:

  1. suker eh citer2 lama.. huhu

    jom renung2kan sebentar..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/kenapa-ilmu-itu-penting.html

    ReplyDelete
  2. wahhh, bestnya.. dapat ilham drp filem2 lama ni yee... memang berkesan d hati filem2 klasik ni kan..

    ReplyDelete
  3. filem lama2 nie jalan ceritanya menarik n tak boring tengok..terutama cerita arahan P.Ramlee

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.