Nama disebalik title blog ku (part 1)

Matahari (1951)


Matahari merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1951. Filem Matahari diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Matahari diarah oleh pengarah Ramon A. Estella dan diterbitkan oleh Cathay-Keris. Filem Matahari ini ditayangkan pada 1951.

Matahari, gadis berani yang mengetuai perjuangan untuk mengembalikan keamanan dan kebebasan negaranya. Sementara Umai pula menjadi tali barut kepada tentera Jepun.


Pelakon
  • Maria Menado
  • Ahmad Mahmud
  • Salleh Kamil
  • Omar Rojik
Bidasari (1964)


Filem Bidasari merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1964. Filem Bidasari diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Filem Bidasari mula ditayangkan pada 1964 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Sarimah, Jins Shamsudin dan ramai lagi.

Ketika seorang saudagar, anak mudanya dan pembantunya yang bisu berjalan di hutan, mereka berjumpa dengan sampan yang hanyut yang membawa bayi perempuan dan mangkuk berisi ikan emas. Saudagar tersebut menyedari bahawa ia adalah bayi yang luarbiasa kerana ikatan nyawanya dengan ikan emas tersebut, apabila ikan tersebut dikeluarkan dari air, dia akan mati. Saudagar itu membelanya dan menggelarkan bayi tersebut sebagai Bidasari. Beberapa tahun kemudian Bidasari membesar sebagai seorang wanita cantik sementara saudagar tersebut menjadi kaya-raya.

Di istana kerajaan tersebut, Raja baru sahaja mengahwini seorang wanita yang cantik. Permaisuri baru ini adalah seorang yang bongkak yang mengamalkan ilmu sihir. Tersorok di dalam kamarnya terdapat cermin ajaib yang dapat menunjukkan apa sahaja yang ingin dilihatnya. Dia menggunakannya bagi menanyakan siapakah wanita tercantik dikerajaan itu. Pada suatu hari apabila dia bertanyakan soalan tersebut, gambaran Bidasari muncul. Dia amat meradang dan mencari Bidasari.

Pencariannya membawanya ke rumah saudagar tersebut. Dengan berpura-pura berbuat baik, permaisuri memujuk saudagar agar membenarkan Bidasari di bawa ke Istana sebagai teman. Sungguhpun saudagar tersebut berat hati untuk berpisah dengan anak kesayangannya, dia membenarkannya pergi. Apabila Bidasari tiba di istana, dia dihantar ke dapur sebagai pelayan, di mana dia dibiarkan berlapar dan diberikan kerja paling kotor.

Apabila permaisuri berpuas hati bahawa Bidasari cukup kotor, dia sekali lagi bertanyakan cermin ajaib siapa yang tercantik. Apabila wajah Bidasari muncul sekali lagi, permaisuri amat marah dan cuba membakar muka Bidasari dengan kayu api tetapi gagal. Bidasari menyedari niat jahat permaisuri mendedahkan bahawa nyawanya terikat dengan ikan dalam kolam ayahnya.

Rumah itu dunia aku (1963)


Pengarah : M. Amin Syarikat Penerbit : Cathay Keris Film Bahasa : Bahasa Melayu kategori : Filem Cereka Genre : Drama Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum Tarikh Tayangan : 1963
Pengarah A. Amin 

Sinopsis: Kisah mengenai seorang anak gadis yang berkerja di kedai bapanya dan tinggal dirumah ibu angkatnya sebagai seorang orang gaji.

Kalong Kenangan (1964)


Kalong Kenangan merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1964. Filem Kalong Kenangan diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Kalong Kenangan mula ditayangkan pada 1964 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Ghazali Sumantri, Latifah Omar, Haji Arshad, Datin Hajah Umi Khaltum dan ramai lagi.
 
Sinopsis:
Tengku Mawar melahirkan anak yang tidak diketahui bapanya. Demi menyimpan rahsia itu, anaknya dihanyutkan ke sungai. Anak itu dijumpai dan dibesarkan sepasang suami isteri yang menamakannya Rabu. Malangnya, ibu angkat Rabu tidak menyenangi kehadiran Rabu lantas menghalaunya pergi. Rabu mengembara dan akhirnya sampai ke sebuah negeri. Di situ bermulalah kisah Rabu dilantik menjadi Panglima dan Tengku Mawar yang tidak mengenali anaknya jatuh cinta kepadanya. Datuk Bendahara yang tidak menyenanginya merancang membunuh Rabu...

Cheritera (2001)

Cheritera ialah filem animasi Malaysia tahun 2001 arahan Erwin Argh. Filem ini dikeluarkan pada 13 September 2001 dan mendapat kutipan sebanyak RM 2,556. 

Filem ini memaparkan kisah popular dalam masyarakat Iban iaitu Puteri Bulan dan Raja Suria yang turut diselitkan dengan sedikit kisah sang kancil dan kerbau.

Filem ini terdiri daripada dua cerita pendek, cerita-cerita yang diambil dari cerita-cerita dongeng yang paling popular di rantau ini - "Kilip dan Puteri Bunian" (Kilip dan Puteri Bulan) dan "Kancil dan Kerbau" (Rusa dan Kerbau).  

Cerita pendek yang pertama bermula dengan tiga orang anak akan menghabiskan hujung minggu di rumah nenek mereka di kampung. Ia adalah nenek yang menceritakan kisah "Kilip dan Puteri Bunian", yang berdasarkan cerita rakyat Iban di Kalimantan. Cerita mengenai seorang anak yatim remaja yang pergi mencari nasibnya. Kisah kedua, "Kancil dan Kerbau", berdasarkan kancil yang terkenal cerita-cerita dongeng (rusa) Malaysia dan memberitahu keluarga buaya dalam dilema.



4 comments:

  1. BLOG TUTORIAL/COMPUTER TIPS/TRICK at http://blogeditor009.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. salam kenal

    minat filem lama ke dik.. hampir kesemua filem tu akak x pernah tengok.. tapi dr blog ni br akak taw kewujudan filem tuh..

    ReplyDelete
  3. saya pun tak pernah tengok filem2 ni...

    ReplyDelete
  4. aimaniman : sy suka y lama... kdg2 terpaksa kena tahu filem2 ni... hehehe

    CM : mmg filem lama dr cathay keris ni x selalu ditayangkan kt tv... kt tv biasanya siarkan filem dr MFP, cerita p.ramlee...

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.