Enter your keyword

Friday, September 30, 2011

Manusia cepat buta kerana duit....

By On 10:47:00 AM
Salam dan selamat petang.....

entry tertangguh sebenarnya nie,.......

Minggu yang sangat sibuk..... Al maklum, dah mula semester baru nie..... banyak aktiviti dan tugas, sehingga balik rumah pun takkan habis...... Kalau fikirkan syok juga kala keja office hour kan...... hehehe..... yang sekrang pun best juga, kerana satu yang aku suka tak ikut masa....... dari lepas grad, dah biasa dengan kerja yang tidak tetap masa nie..... tapi itu la, kat rumahpun still bekerja kan....... ada jer kerja nakkkkkkk.kk........................... buat....... kalau terlalu penat baru langsung tak on latop kat rumah....... haduiiii...... keje ooooo keje....... mak ayahku pun sampai skang still bekerja, masih kuat dan tanpa ada erti penat lelah...... mereka adalah idolaku......

Perkara sbenar yang nak sampaikan sini, because of money! hamba sering lupakan....... tapi aku ni lain sikit walaupun terkurang duit, hehehehe rezeki Allah tentukan....... hampir dua minggu lepas aku ke kl melawat pelajar praktikal di sana........ satu claim pun belum buat lagi........ pitu bilikku diketuk dan dipanggil nama aku....... rasa cam cam ikut bawah cermin pintu tu, aku sempat menjeling skodeng......... kekekeke....... tak sangka lak senoir aku ni datang bilik, xpernah-pernah dia datang......... dia tanya aku pasal dah buat claim tak....... aku cakap la belum, xpandai nak buat claim nie....... nak claim apa nie, tak tau....... bongok tul.... huhuhu..... nasib baik gak ler senior datangkan..... boleh tanya nak kena buat apa........ tapi ada satu ler yang tak tersetuju nih, pasal bab nie memang ler semua orang cakap claim jer semua, bila lagi nak buat nati dorang tu akan potong sana sini....... alahai, nie yang takut....... biar la apa yang kita buat jer kita claim....... rezeki kan kalau Dia nak bagi dia bagi, kalau Dia tak nak bagi itu bukan milk kita....... InsyaAllah........ jangan mudah lupa kerana duit nie....... kadang-kadang cepat ia datang cepat jer ia pergi kan....... kalau kita rasa cukup jer InsyaAllah kita akan rasa sangat gembira walaupun tika itu kita tidak cukup duit........ cuba amalkan rasa cukup tu....... kalau fikir memang ler duit nie bagi kita tak pernah rasa cukup! tapi amalkan syukur dan Allahmdulillah dengan hati yang ikhlas dengan apa yang kita miliki........

Wednesday, September 28, 2011

Nasihat Sepanjang Hayat 1 ( Enam Perkara DiPandang Asing Bila Berada di Enam Tempat )

By On 9:32:00 AM

Assalamualaikum wbrt..... senyum di pagi hari semua.... :-)

Dua hari yang penuh dengan aktiviti..... tak sempat nak on latop..... Malam pun dah penat, so ambil kesempatan tuk rehat secukupnya sebelum kembali bekerja di pagi hari...... Sedikit ifo dibawah untuk dikongsi bersama......

Segenap pujian dan rasa syukur yang setinggi-tingginya diucapkan kepada Allah S.W.T yang telah menjadikan Islam sebagai agama yang diiktiraf olehnya. Selawat dan salam ditujukan kepada Nabi Muhammad S.A.W , Rasul pilihan yan diutus sebagai rahmat bagi seluruh alam .

Telah bersabda Nabi S.A.W " Mafhum sabda Baginda - Enam perkara dipandang asing di enam tempat :
1. Masjid adalah asing dikalangan orang-orang yang tidak sembahyang didalamnya
2. Al Quran adalah asing di rumah orang-orang yang tidak mahu membacanya
3. Al Quran adalah juga asing didalam hati orang yang fasik
4. Seorang Muslimah yang solehah dipandang asing disisi lelaki yang zalim atau buruk akhlaknya
5. Seorang Muslim yang soleh dipandang asing disisi perempuan yang hina atau buruk akhlaknya
6. Dan Orang Alim adalah asing dikalangan kaum yang tidak mahu mendengar nasihatnya.
Kemudian Nabi S.A.W meneruskan sabda baginda " Sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan memandang mereka ini di hari kiamat dengan pandangan kasihan ".

Semoga hadith ini memberi peringatan kepada kita semua agar tidak termasuk dalam golongan diatas yang merugikan kehidupan didunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Wal Alllah Hu`lam.

Monday, September 26, 2011

Minggu Konvokesyen....

By On 2:48:00 PM
gambar ihsan google
 Assalammualaikum warahmathullah hibawarakatuh..... dalam salam sejahtera.......
Dah lunch ke semua? Aku awal2 dah kul 11 lebih lagi..... hehehe awallllnyerr..... sampaikan orang kedai tu sapa? sorang jer mana pakwe..... pakwe rehat kul 1...... kekekeke.....

Bila balik ofis tadi, dapat emeil suh masuk konvo...... tahun ni batch yang ke2 akan grad dari course aku...... tapi sebelum ni, dah banyak kali aku masuk konvo nie...... yang paling tak leh nak dilupakan...... huhuhu...... bila perarakan keluar staf akademik, punya kontrol ayunyer aku melangkah beratur panjat tangga ke tangga dewan tu..... tetiba high heel aku tersangkut kat tangga tu...... sebelah kaki ada kasut sebelah lagi tertinggal kat belakang....... hehehehe...... ibu bapa yang duk tepi-tepi tu semua tengok ler, alahai malunyer muka..... nasib baik member aku kat belakang tolong ambilkan kasut aku...... Al maklum la..... punyer nak masuk dewan kan, high heel la aku rembat.... kalau tak xde maknanya..... hehehehe...... sampai hari ni aku ingattttt jer peristiwa lawak gerun tu.......

Bila tengok jadual aku kena sesi petang kul 2.00..... mesti habis lewat ni..... kul 5 anakku keluar skolah...... agak2 nak kul 5 memang dah siap, terpaksa la terkejar ambik baby nih..... tu yang x syok coz lepas konvo ada makan....... kekekeke...... haduiiiii.... perut buncit tul, ingat makan jer...... sori ye bahasa terkasar skit.....

Adiooossss.........

Thursday, September 22, 2011

Hantu Bonceng dan Ilmu

By On 4:59:00 PM
Entry nih memang saya copy paste dr BH...


Ahmad Idham pertahan Hantu Bonceng

PENERBIT dan pengarah, Ahmad Idham mempertikaikan kenyataan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan yang mendakwa filem Hantu Bonceng mempersendakan dan menghina Nabi Muhamad S.A.W dengan dialog dari pelakon utamanya, Zizan yang membawa maksud ‘Aku Naik Saksi bahawa Muhamad itu Syaitan’.

Bahkan dia turut mendakwa kenyataan itu sebagai propaganda politik, sekali gus menjadi sebab untuk menghentam kerajaan.

“Kenyataan itu disebarkan menerusi blog dan saya tidak tahu akan kesahihan kenyataan itu, sama ada benar atau tidak, atau ada orang lain sengaja untuk memperbesarkan isu itu dan mengaibkan saya secara terbuka.

“Saya berkata begitu kerana yakin orang yang berkredibiliti tinggi seperti dia (Nasrudin) itu tidak akan mengeluarkan kata-kata kesat. Takkan dia tokoh pemimpin yang kita cari, menghukum orang tanpa dibicarakan dan mengaibkan orang secara terbuka. Mungkin ada pihak ketiga sengaja yang ingin menjatuhkan saya dan dia juga.

Hantu Boceng seterusnya...

PS : Semua nie bermula dari skrip. Memang ramai pengarah yang eklip semasa penggambaran tapi pengarah  yang banyak pengalaman dan pendidikan serta bijak, mesti tahu sama ada dialog itu tersasar dari maknanya dan menjadi kesalahan.... kerana ia bermula dari skrip.... pihak penapisan filem juga sudah tentu lagi bijaksana dan tidak mungkin ia disengajakan terlepas dari tayangan.... 

Salesman and insurance sallers not allowed...

By On 11:19:00 AM
Salam.....

Perkara ni memang menyelubungi aku sejak 4 tahun lebih aku bekerja di sini.... Tadi datang lagi! terkejut aku bila dia bagi salam dan terus buka pintu... ingatkan student ke! rupanya penjual insuran.... aku lak tak kunci pintu, baru sat sat kawan aku keluar dari bilik nie....

Bila dia bagi pamplet dan mula bercakap tentang insuran... dia cakap rasa kenal aku nie, rasa pernah jumpa... aku diam dan senyum ja... tektik tu dah klise ler... hehehe... dia tengok gambar aku kat dinding.... o... dulu kat USM tak sama la, tapi rasa macam pernanh tengok.... asal mana? aku cakap ala kadar sambil senyum, jari lak duk tekan2 latop nih, coz aku tengah jawab reasearh survey.... bila aku jawab dah ada insurans ambil dengan kawan sebelah bilik.... kawan mana? sebelah bilik ni ke? tak, sbelah2 nie... hehehe... nama sapa? husband dia yang buat insurans nie, kawan2 kat sini ramai ambil dengan dia!.... ooo... allhamdulillah, katanya... anak2 dah ada ke? anak2 pun dah ambil sekali.... banyak lagi dia menyembang tanya lak tinggal kat mana? tak de kelas ke? kejap lagi ada kelas nie! tak pe la, saya minta diri dulu, baca la pamplet tu.... ermm....

Tadi lupa nak intai dulu, cos dia bagi salam terus masuk bilik aku! Alamak, kasut aku kat luar! bawa masuk dalam la.... orang tahu kita tak der... hehehe.... bukan apa, secara tak langsung ia mengganggu keje2 kita.. heh, ada keje penting nak kena siapkan, lambat lak jadinya... nak halaukan tak baik lak.... budi bahasa kena jaga gak kan...


Nampak tak cermin bawah tu.... tu tempat aku skodeng.... hehehe.... kalau sapa2 datang laki ke perempuan ke leh nampak dan agak2 sapa yang datang.... tadi tak sempat lak nak skodeng, spontan sangat.... baik kunci pintu bilik selalu....Setiap bangunan kat sini, memang tidak secure dengan perkara macam ni.... Sesiapa pun boleh masuk dan keluar.... Mereka boleh pergi dari bilik ke bilik.... Memang tak selamat....

Kat bangunan lama dulu bilik aku pernah dipecah masuk.... duit member 4 ratus lebih hilang.... polis datang siasat kes tapi lepas tu diam ja.... tak apa2 tindakkan.... masa tu kami memang suspek pekerja2 kontrak yang pasang kabel tenet... cos mereka yang buka2 syiling semua.... yang penting jangan tiggal barang2 berharga, ingat selalu....

Monday, September 19, 2011

Kerja vs tanggungjawab....

By On 3:54:00 PM
Selamat menyambung kerja yer.... selepas makan tengahari, solat zohur..... hari ni ada makan free kat cafe bangunan baru ku nie.... tapi aku pun tak pernah lagi ke cafe tu, tak tahu lak kat mana letaknya..... hehehe.... tak sempat lagi nak jelajah blok bangunan nie..... InsyaAllah esok leh breakfast ngan Amani kat situ..... masa nak turun tadi terserempak dengan member2 dorang cakap hujung bangunan nie..... tak apa la....

Tadi siapkan time table untuk semester ini.....


Allhamdulillah semester ni dapat dua subjek jer..... satu subjek asas paper 1000 satu subjek majoring paper 2000.... tak ler berat sangat..... kalau semester lepas2 dapat tiga subjek..... lagi kelam kabut aku dibuatnya.... kelas pun hanya hari Ahad dan Rabu sahaja..... so sweet...... hehehehe...... senyum terlebih skit.....  cuma satu paper asas tu aku belum pernah ambil sebelum ni..... kena study lebih la dan faham dulu..... try minta nota kawan2 nak buat rujukan semua tak bagi hehehe... semua cakap ala kadar.... yuhuuuuu..... tadi aku emel nota aku semester lepas pada dua orang kawan ni, rasa hepi sangat..... at least ada panduan untuk mereka...... it's ok small matter jer..... yang penting kita hepiiiii...... lagi pun aku kena buat modul bagi subjek tu, konklusinya cari bahan banyak2 k, share sama ilmu tak rugi kan..... paham gak, kadang2 ada kawan2 malu nak share kalau tak lengkap, aku pun sama... kekeke.....

Allhamdulillah.... bila search kat library ada buku yang dicari untuk subjek ni..... kena pergi cepat ni, kang melepas lak.... hehehe...... k, calo.... kerja ku tanggungjawab ku..... thanx to Allah.....

Kembali Bekerja...

By On 11:49:00 AM
Salam...

Allhamdulillah, pagi kelmari kembali ke Kedah.... Hari ni bermula kerja seperti biasa setelah seminggu lebih berada di luar kawasan.... hehehe.... Bermula rutin seperti biasa, pagi pergi hantar Amani anakku... Dari rumah lagi dia merungut tak mau pergi sekolah, nak pergi ofis baru mama.... nak hi pak guard.... hehehe.... sepanjang perjalanan itu ler yang dia cakap.... kesian lak nengok muka anakku.... huhuhu..... nak sampai jer kat ofis masuk pintu pagar tu dia terus merungut lagi nak hi pak guard.... aku terus jer masuk ofis, pergi punch then bawa dia pergi breakfast.... member lak mesej minta tolong.... sabar yer masuk ofis nanti saya emeilkan....

Jom tolong saya jawab servey dulu....
https://www.surveymonkey.com/s/uumpostgradsurvey

Masuk ofis, huuuu.... banyaknyer ku rasakan kerja yang harus disettle....  macam dah serabut kepala nih... sabar yer Sheila! kemas bilik dulu..... kekeke..... buat list apa kerja, meeting list.... haiyooo..... ada talk lak bilik mesyuarat utama, depan bilik aku nih, terus call member apa talk tu? terlupa lak.... member pun baru sampai... duk diam la dalam bilik... hehehe..... nak masuk dah lewat....

Tengok emeil, ada news penting! Sabar, sabar, sabar..... x pe la susah skang k.... biar la susah macamana Allah nak uji aku nie..... mohon segala perancangan dan niat dipermudahkanNya.... Targetnya tahun ni nak sambung belajar.... ada berapa bulan lagi nie.... emeil meeting mesyuarat dateline 21 Sept... lusa la nampak gayanya.... tak sempat juga nak masuk meeting nih..... dah berapa tahun nie..... sakit, fobia, trauma semua dah alami nie..... yang penting aku kena kuat nih! Cekal, tabah, usaha, sabar...... InsyaAllah.....

Sunday, September 11, 2011

KL Menjerit.....

By On 11:14:00 PM
Allhamdulillah, sampai dengan selamatnya di Kuala Lumpur... Pukul 5 lebih sampai Pudu, jalan kaki ambil LRT kat Masjid Jamek terus ke KJ... Dah lama betul kami tak jalan-jalan naik lrt ni.... fuhhh... seronoknya, mengenangkan zaman belajar dulu... 10 tahun yang lepas.... Dalam lrt macam-macam gelagat yang dapat dilihatkan... paling aku suka ni.... suka sangat berhimpit-himpit (jangan salah paham lak ye) bukan berhimpit tak tentu pasal, cuma nak observe gelagat masyarakat kita k... lagi seronok mendekati masyarakat, tak kira bangsa, agama, dan tanpa perbezaan taraf, pangkat dan darjat... ye la kan, ada juga yang tegur kenapa tak naik flight.... bagi aku flight bukan ukuran segalanya... kepuasan mendekati masyarakat yang sederhana lagi memberi satu kepuasan... mungkin ada orang tak suka berjalan kaki, tersesak-sesak, penat, berhimpit dalam lrt.... mungkin menyusahkan.... terpulang pada mereka yang menganggapnya bagaimana.... bagi aku bila kita berkedudukan tinggi, dah ada kemudahan segalanya, mana mungkin nak berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat kan, lagi-lagi bersesak-sesak naik train kan....bersyukur Allah mempermudahkan perjalanan kami pada hari ni.... terima kasih.....

Friday, September 9, 2011

Mohon Pertolongan Rakan-Rakan Blogger....

By On 3:29:00 PM
Salam...
Saya harap rakan-rakan blogger di luar sana sudi melibatkan diri dalam survey kajiaan pasaran bagi kursus post graduate ini... JUST KLIK k....


Mohon sangat!
Jasa kalian amat dihargai....

Wednesday, September 7, 2011

PutriButterfly ku....

By On 5:31:00 PM
Sedeynyer rasa hati nie.... sunyi sangat, putri butterfly ku balik kampung bersama mak ayahku selepas subuh tadi.... terpaksa mengeposnya ke kampung, minggu depan aku outstation seminggu ditemani encik husband.... sayu sangat rasa hati ni, rasa kosong jer.... nak buat camana kan sesatunya anak! 

Kelmarin, aku, my parents, putributterfly, p anta makcikku masuk register kat USM. Dah lama tak pergi USM, siap naik2 bas lagi.... hehehe... seronok la putributterfly dapat naik bas..... bila nak berangkat balik tu, kerana kelaparan tersangat sempat kami singgah ke kayu nasi kandar sebeleh vistana tu.... Alahai, mahalnya..... 4 orang makan nasi putih dan ayam goreng je, RM39.10.... huh boleh tahan tarik nafas la....

Skang dah hampir 5.30pm, kalau putributterfly ada dah lama aku balik nih..... bergegas nak ambik dia balik tadika.... encik husband lak bz skit time student baru masuk nih, tak tahu kul brapa balik keje hari ni..... Semalam hampir jam 1.00am baru sampai umah.... risau ler sesangat aku dibuatnyer..... Nak balik pun takder apa kat umah.... stay la kat ofis dulu.... sedeykan..... putributterfly tak rindu mama ke? mak aku cakap dia duk main ja.... erm.... mama dia la yang nangis nampak gayanyer..... huhuhu.....

"ni butterfly amani punyer"

Sunday, September 4, 2011

Salam Aidilfitri

By On 12:29:00 PM
Salam semua...
Allhamdulillah, rasanya belum terleawatr untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. lebih seminggu bercuti, semalam sampai pulang semula ke teratak teja Changlun Kedah...

Sedih, keciwa, rindu pada teman blogger semua... sedih keciwa kerana P14G tak de coverage lak kat kampung tu...

Alahai, seminggu tanpa online fuhhh... rasa nak resah gelisah....

rumahku di luar kawasan :-(
Hari ni aku masih lagi bercuti.... esok memulakan tugasan harian seperti biasa...

Bila sign in jer, interface blog pun dah berbeza.... erm... rasa macam lama sangat tak berblogging ni.... banyak cerita yang telah ditinggalkan....

Balik kampung hari tu, 10 jam perjalanan... huh, lama betul..... 3 jam tak gerak duk diam jer dalam kereta, terkandas kat area tasik banding, ada trailer papan terbalik....

Berbuka puasa dalam kereta la jawabnya dengan biskut raya... hehehe.... terlepas makan nasi kukus, mak nak beli nasi kukus, malangnya kami terkandas,, mak tak jadi nak sediakan tuk kami.... sampai wakaf che yeh kami makan berbuka di pasar borong....

Kejap jer rasa balik kampung kan.... biasa kalau raya aku cuti dalm 2 minggu.... kali ni aku dan cik husband tak baleh nak cuti lama, coz student dah mula nak masuk daftar minggu nie...

okey, selanjutnya akan ku sambung kembali.... adios.....


Popular

Follow by Email