Enter your keyword

Thursday, August 25, 2011

Dia yang bernama perempuan! wanita!....

By On 5:42:00 AM
Salam...
Selamat bersahur semua...
Heh, terkejut aku bila pagi2 cam ni ada call,
jap bhenti... misscall!....
sapa la pagi buta dok miscall ni....
cam pakwe lak....

time muda bercinta xpe la....
terus aku p tengok, rupanya member aku kat penang tu....
aku dah kenal dia ni dah 6 tahun....
tapi tak pernah face to face...
hah! boleh gitu....

panjang kisah aku ngan perempuan ni....
pendek citer la, dia wife ex bf aku masa kat penang dulu....
hadui.... giler bagai....

last sem aku kat usm tu, baru aku tahu bf aku tu ada perempuan ni....
nasib baik dah last sem, projek aku, tesis aku semua settle...
supervisor dan kawan baik, aku tempat mengadu...
masa tu umur aku 25, 26 baru terhegeh-hegeh nak bercinta....

abis belajar terus aku bawa diri ke KL kerja sana.....
dia ni still contact aku....
last boleh kata jadi best friend secara tak official... hehehe
walaupun tak pernah jumpa k....
tapi dia kata masa aku kat penang dulu dia pernah tengok aku....

tu la sikap aku pemaaf, susah nak simpan buruk dalam hati
yang kadang-kadang sikap ni membawa keburukan pada diri aku sendiri....
kerana sikap aku yang ni juga, kerjaya aku di KL dikianati....

then, bertemu dengan suamiku...
dan membawa diri ke dunia sekarang....
aku bahagia...
semua yang berlaku Allah yang maha mengetahui....
aku redha.....

wanita tu masih kawan ku....


Tuesday, August 23, 2011

Sesi tukar duit raya

By On 11:56:00 AM
ihsan pakcik gugel

Salam.....
hari ni, aku dah mula bercuti.....
tapi bercuti kat rumah jer lum balik kampung....
incuk husband tak cuti lagi.....
tadi dia keluar pergi keje, kunci ngn mangga skali gate umah....
huhuhu... mesti tak bagi aku kuar.....
si putributterfly pun tak p tadika la 3 hari ni....

nak citer kisah kelmarin.....
set date ngn member kat dalam toilet... hahaha....
ok lepas solat kita p bank tukar duit raya....

kat dalam kawasan ofis aku ada 2 bank.....
bank islam dan bsn....
kami p bsn dulu, asal jer aku dan member ni masuk,
duit seringgit hanya tinggal seratus lagi....
duit 5 ringgit ada 2 ratus....
semua dah abis....
alahai, xpe... aku tukar dulu yang seringgit dan 5 ringgit tu...
bila tengok duit tu, yang reused punya....
tak best la cam ni....
member dapat tukar yang 5 ringgit sahaja...
yang 10 semua habis...
esok baru ada semula

sampul duit raya....
semua dah habis dari minggu lepas lagi,
dah mula tukar duit....

kami ke bsn lak... still ada la...
member dapat not seringgit 3 ratus...
ala, jeles la duit keras2 jer...

xpe, pe kata aku p tukar semula kat bank islam tu...
dapat ler tukar semua...
yang member aku ni lak...
dia pun tukar semua not 5 ringgit baru dari bsn bagi kat bank islam...
lepas baru dia perasan... alahai silap tukar...
kami duk gelak sama la....
pakcik guard pun tegur.... dah abis tukar....

p semula bsn tu tukar yang baru2 punya...
tapi member ni dah tersilap tukar,
menyesal bagai.... yang baru p tukar semula dengan reused...
untung la bank islam tu....

Friday, August 19, 2011

Biskut raya.....

By On 7:05:00 PM
Tadi dapat call, 
"Sheila, kak ta nie, biskut raya xde"
hah
"biskut raya xde stok, xsampai, semua abis, tadi sampai cadar jer"
"ye ke kak ta, yang lain2 kat kedai semua abis ke"
"xde langsung, xde stok tahun ni"
"xpe la kak ta"

haduiii.... jenuh gak cam nie, bujet lari la wei.....
biskut tu aku masuk ahli Oli Sdn Bhd dari tahun lepas....
kalau ahli baru RM16, so oeder ler tuk umah family n family mertua,
dah memang kewajipan aku anak sulong menantu sulong....
warrrhhhhh mana nak cari biskut raya nie....

en husben cakap tak yah beli la biskut raya tu.....
orang dah tak makan biskut skang nie.....
cari kat wakaf che yeh jer murah-murah.....

ha... kat umah family aku ok lagi,
family dia, kesian lak mak mertua tak la prepare tuk raya semua tu,,,,,
kalau tak de, tak de la..... kesian lak aku ni....
tak sampai hati tengok mereka.....
orang laki lain la tak pikir semua tu....
tak de pun tak pe, kalau xde kang nak makan apa orang datang....

nak tak nak minggu depan buat projek la kat ofis aku....
hehehe.... pi goda staf ofis tolong cari sat biskut raya lebih-lebih....
mahal pun mahal la janji satu dua ada.....
yang lain kita p serbu la kat wakaf che yeh balik kampung nanti.....

tiap tahun harga makin naik....
50 biji ada la RM30...
huh mahal tu....
bayangkan 3 buah umah kena prepare 4 jenis....
dah beratus tu,,,,,

nak buat sendiri tak reti satu hal, huhuhu
oven pun tak de kat uamh nie.... hehehe
banyak tul alasan....

bak kata orang nak seribu daya, 
tak nak seribu dalih kan...
fikirkan...

apa pun kena pabdai cari yang terbaik dan berpatutan....
wasatiah dalam semua perkara....

orang perempuankan menteri keuwangan di rumah....
harusla pandai bujet.....
jangan ikut perasaan, kang binasa badan...

selamat berbuka....

Thursday, August 18, 2011

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Wednesday, August 17, 2011

Balik raya ke tak nih...

By On 12:33:00 AM
Abang : abang belum beli baju raya
Mama : nanti ayah dapat duit abang beli la....
Abang : tak mau la mama
Mama : nape lak tak mau
Abang : abang demam, mana boleh pergi beli baju raya sendiri, ayah kata kalau abang tinggal puasa abang tak boleh balik raya...
Mama : tak apa nanti mama dan ayah belikan.... abang kan demam tak tarat nak puasakan, xpe tinggal puasa boleh balik raya kampung nanti
Abang : tapi, tapi, abang demam tipu, tadi kat sekolah cikgu denda berdiri abang tak larat, abang cakap abang demam....
Mama : (terpinga)

Monday, August 15, 2011

Putributterfly and mama gedsss kat ofis.....

By On 4:43:00 PM

Nih gaya lambat nak tunggu majlis berbuka puasa bersama Sutan, Sultanah Kedah.... bergedsss dl... huhuhu





Hahhh.... putributterfly tak puasa la..... aikkk, tak malu.....


 Nak tunggu berbuka puasa kelmarin, boring, menyempatkan diri posing ngn putributterfly......

Hari ni.... huhuhu

Berbuka Yang Diharuskan

By On 9:14:00 AM
Jom kongsi tazkirah ini bersama:

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang berbuka puasa Ramadan bukan kerana rukhsah (kelonggaran) yang dirukhsahkan oleh Allah, tidak dapat diqada dengan puasa setahun walaupun ia betul-betul (melakukan) puasa setahun itu.”
(Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)

Huraian Hadis

1.    Ketentuan sakit untuk tidak berpuasa adalah sakit yang menyebabkan penderitaan atau menjadi semakin parah jika terus berpuasa, atau akan semakin lambat sembuhnya sesuatu penyakit. Di sisi syarak peranan ahli perubatan (doktor) adalah sangat penting dan diperlukan untuk menentukan apakah seseorang pesakit itu boleh berpuasa ataupun tidak.

2.   Kelonggaran yang biasa diharuskan untuk berbuka puasa itu ialah seperti kepada orang yang terlalu tua atau sakit yang tiada harapan untuk sembuh, orang yang sedang bermusafir, wanita yang mengandung dan menyusukan anak yang ditakuti akan mendatangkan mudarat kepada diri ataupun anaknya dan beberapa jenis keadaan sakit yang lain. Manakala sakit yang ringan seperti sakit kepala dan sebagainya tidak diharuskan meninggalkan puasa. Walhal meninggalkan puasa walaupun sehari, dengan sengaja tanpa alasan yang dibenarkan oleh syarak merupakan satu dosa besar sebagaimana yang pernah tersebut di dalam hadis.

3.    Wanita yang haid dan wanita yang keluar darah nifas adalah golongan yang wajib berbuka puasa tetapi diwajibkan mengqada semula puasanya di bulan yang lain.

4.  Orang yang berbuka puasa pada bulan Ramadan kerana terlupa, maka tidak wajib qada dan tidak wajib kifarat kerana terdapat sebuah hadis Rasulullah SAW menyebutkan yang maksudnya: “Apabila ia (orang yang berpuasa) lupa, kemudian ia makan dan minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya, kerana sesungguhnya Allah-lah yang telah memberi makan dan minum kepadanya" (Bukhari dan Muslim). "

5.   Puasa tidak wajib hukumnya ke atas kanak-kanak yang belum baligh tetapi hendaklah dididik dan dibiasakan semenjak kecil untuk berpuasa.

Pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Ustazah Madihah binti Mohamed Ibrahim di talian 04-928 5806 


Sunday, August 14, 2011

Busy Sunday....

By On 10:21:00 AM
Aktiviti hari ni... 
meeting dan majlis berbuka puasa.....
Hari bekerja di Kedah, Kelantan dan Terengganu.....
Hari Minggu di negeri lain....

Thursday, August 11, 2011

By On 1:48:00 PM
Salam...
ihsan google
Ni bulaan apa yer? Ogos la.... o... tu bulan omputih... kalau bulan Islam, bulan Ramadhan.... Kenapa umat Islam percaya bulan Ramadahn bulan mulia? Apa hujah, hadis dalilnya....
  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :


    1. (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :



    (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
Setrusnya boleh rujuk sini k..... mohon maaf dulu nie bukan nak ceramah.... tp peringatan sesama kita.... bulan mulia k..... harap kita jaga puasa kita..... bukan setakat menahan dahaga dan lapar..... segalanya, tubuh badan juga berpuasa..... dengan kata lain bukan hanya puasa zahir tapi juga puasa batiniah...

dah brapa hari Ramadhan berlalu, kita asyik juga terbawa tabiaat dahulu, mulut susah sgt dijagakan.... tercakap sana tercakap sini.... (mengumpat yang tidak disedari)..... Allahualam.....

telinga yang lalu terdengar secara tak sengaja mohon istigfar..... jangan duk join sekaki..... Mana tau syokkan bila duk cakap-cakap ni, join ler dua belah kaki... sekaki kang jatuh nanti..... dan jangan pula bila masuk Ramadhan cakap-bercakap ni puasa juga, lepas jer Ramadhan sambung aktiviti semula.... ada juga macam ni.... aishhhh kita nie susah sangatkan nak jauhkan perkara terkeji ni.....

harap kita semua jauhkan perkara yang tak disengaja ni..... pesanan untuk diri sendiri juga.....

(yuhuuuu... hari nie leh buka posa ngn Sultan).......








Cikgu mengadu anak tak pandai.....

By On 11:49:00 AM
Salam Khamis....

Mood risu menyelubungi di pagi hari.... 
Tadi pergi hantar putributterfly ni ke tadika, cikgunya mengadu kelmarin putributterfly kena marah....

"dia balik meracum tak" 
"tak de lak, dia tak pandai nak ngadu"
kata aku.....

"kelmarin kena marah, dia tak pandai lagi mewarna..... duk tonyuh tempat sama je"
"nie dah masuk bulan 8, org lain dah tau semuo"

kes berat nie.... pensel warna aku beli pun dah hilang.... 
nampak gaya kena beli lain and buat intensive class ler kat dia....

kebelakangan mmg aku tak monitor dia belajar!

huh, kesian anak aku.... memang kalau aku dan husband ajar dia, mesti kena marah2 cubit2 sampai nangis, baru dia concentrate, kalau tak duk main-main lebih...

nasib baik ler a,b,c dan nombor dia dah ingat.... skang nie nak ajar anak bukan takat serah semua kat cikgu bulat2..... as a percents must to do something, kena ajar juga kat rumah.....  cikgu skang tak macam cikgu dulu tanggungjawab banyak ramai student, mereka lagi senang kalau murid tu dah tau serba sikit bila masuk kelas..... may b juga dengan limited time dalam kelas cikgu tak boleh nak concentrate lama pada seorang murid.... yang nyata IQ semasa murid berbeza..... ada murid yang cepat dapat, ada murid yang lambat dapat.... Allah jadikan kita semua berbeza kan.... sama-sama mendidik anak-anak kita.... bagi yang belum kawin, masih remaja lum ada anak, u all akan mengalami situasi ini kelak.... hehehe....





Wednesday, August 10, 2011

Segmen : Memori Kali Pertama Sambut Hari Lahir

By On 1:06:00 AM
Allhamdulillah semua yang baik dari Nya, yang buruk dari diri ku..... Allhamdulillah, kerana Dia beri peluang untuk ku bernafas di bumi Nya...... Terima kasih kerana Dia sudi meminjamkan hidup ini untuk ku...... Terima kasih jua untuk kedua ibubapa tercinta......

Bulan Ogos, bulan Ramadhan, syukur sangat bulan kemuliaan ini jatuh pada bulan kelahiran ku pada 20 Ogos dan juga puteri tercinta pada 31 Ogos nanti.......

Bismillahirrohmanirohim....
Sempena bulan yang penuh mulia ini, ingin ku zahirkan satu segmen...... kalau ada yang sudi menyertainya.......


Antara syaratnya :
1. Masukkan header blog ini seperti di atas.
2. Buat satu entri tajuk "PS : Memori Kali Pertama Sambut Hari Lahir" - pernah atau tidak pernah sambut, kalau pernah, bila sambut, dimana, dengan siapa....... tak kisah nak cerita panjang ke pendek jer dan link kan pada entri ini......
3. Tinggalkan link anda pada entri ini.

Tarik tutup :
20 Ogos, jam 11.00 malam


Jom dengar sini

POV : segment ni bukan sahaja untuk mereka yang 'sambut"... Ia lebih kepada to share experience why the Malay culture celebrate this... and why not? to thoose don't to "celebrate"....
My opinion, the Malay n Muslim culture is different.... 
Back to this segment, my issue is about "are you 'celebrate' or not?"
If you say "yes" give the reason, when, with who, where...
If u say "no" give the justification why not and give the relevant reason...

I think simple and easy....
Please join this for my observation and research too....

Thanx... Salam....

 

Monday, August 8, 2011

Hai.. pelik la, kita ni memang pikiran lain-lain kan.....

By On 10:29:00 PM
Salam.... 

Duk belek-belek dashbaord tengok teman-teman blogger duk post entry pasal bonus.... O.... baru aku tahu dapat rupanya... Bagitahu kat husband, rupanya dia dah tahu.... Terus buka muka buku tengok wall teman-teman semua duk post Allhamdulillah.... Aku tak la komen apa-apa.... Ada yang bersorak pun ada! Tutup semua muka buku dan blog, tengok lak handset cabuk aku tu..... ada gak sms dari muka buku kawan tentang bonus lagi.....

Aku terus baca, nak terkejut pun xde gak.... coz tahu perangai kawan tu.... Lalu aku pun buka muka buku kawan aku tu, nak tengok dia tulis pasal bonus, nak tengok sapa yang komen..... Tapi bila dah check dia punya wall, post tu dia dah delate.... Rasa bersalah kot! hehehe.... aku baru jer nak komen..... katanya :

"Allhamdulillah syukur diatas pemberian daripada kerajaan.....seramai 10 orang ahli keluarga ku akan menerima durian runtuhlebih kuranh 15K......berjimat-cermat untuk masa hadapan beborosan demi raya akan datang......"

Dua tiga kali juga la aku baca mesej ni kat dalam handset cabuk ku....... Cam ada something wrong yang tak kena..... Nasib baik dia dah delate kat laman muka buku tuh..... Kalau tak aku terjah komen...... hehehe.....


Malam-malam terawih usha orang.....

By On 9:46:00 AM
Salam Ramadhan..... Hari kedua bekerja di minggu ini.... Allhamdulillah...... Macam biasa pergi hantar putributterfly ke tadika sebelum masuk ofis...... Allhamdulillah juga, bangunan ofis dah dekat skang nie, sejak pindah ke bangunan baru..... Lagi save perjalanan..... Bila buka jer pintu bilik ofis...... uwarrgghhhhh...... berseleraknya bilik aku, kelmarin putributterfly sepahkan xsempat nak kemah..... Aduhai...... sambl fikir kerja yang nak disettlekan sempat membelek blog ni........ perkara yang harus nie...... hehehe......

Semalam sempat berchat-chat ngan sahabat kat kampung. Aku tanya dia " tak pergi tarawih ke" "tak katanya" kalau kat kampung memang aku tahu dia tak tinggal terawih....... Sekarang dah berhijrah ke Penang ikut husbandnya...... "kat sini tak meriah puasa" katanya... Aku pernah 2 tahun tinggal kat Penang masa study kat USM dulu..... erm.... rasanya Penang ke kat mana, tak sama ngn kat Kelantan kalau bulau puasa.... Sori k kawan-kawan...... Aura puasa, 1st Ramadhan tu dah membangkitkan semangat kalau kat Kelantan terutama Kota Bharu.... Tak tahu la naper cam pesta pun adabila tiba Ramadhan..... Jalan yang dah jam semestinya akan teruk sehinggalah raya bila ramai dah balik kampung...... Bila malam lak, haduuiiiiii.... "nok make colek!!!!"....... (kat muka buka cousin2 dah sound suh balik kampung cepat nok gi make colek)...... Teringat masa 2008, masa tu tunggu masa nak bersalin kat Putributterfly......  bos aku datang buat promosi kat KB dan aku ajak dia datang rumah...... "Dia tegur patut la, orang Kelantan ni pandai2, suka makan colek"...... "I ingat colek tu apa, rupanya penuh dengan protein, seafood"......

"mu ingat dak masa kecik-kecik kita gi semaye tearawih, rindu la masa tu" huhuhu.... hadui...... flashback ke... bab nie kena recall baik-baik..... Masa terawih dulu buat apa? hehehe...... kami solat kejap jer, kadang-kadang skip..... malas nak buat 21 buat 8 jer..... Pastu asyik duk usha orang ni la orang tu la...... memamng semua orang kampung la kami usha..... Usha laki kat sebelah pun ada..... hehehehe...... agak nya oran laki pun mesti lagi kuat usha perempuankan masa solat trawih tu...... kurang pahala ke masjid... hehehe...... Itu zaman budak la..... Skang, mana la nak pikir semua tu.... Buat sebagai ibadah.....

Wokey la, kita sambung nanti......

Sunday, August 7, 2011

Ustaz Azhar Idrus- adakah penyakit kencing tak lawas membawa siksa kubur...

By On 11:07:00 PM


Masalah nie gak nie....
Memang masalah ku nie....
Haduiii.....
Help.....

Punca kencing tak lawas :

1) hygiene - rutin harian kite mengenai kebersihan dalaman seperti pakaian dalam. Kekerapan menggantikan pakaian dalam. Kencing tak lawas ni di kaitkan dgn bakteria dekat saluran kencing.Iia akan mengganggu sistem kite.

2) seluar dalam di pakai ketika masih basah ( pakaian dalam hendalah selalu kering ).

3) Pemakanan. 
Sesetengah makanan akan menyebabkan kencing tak lawas. Contoh makanan yang manis dan pedas.

4) KURANG AIR DALAM BADAN (sangat penting)

5) smoking.
Salah satu puncanya, sememangnya rokok tu bahaya... waspada bagi yang smoking.....

Tanda2 kencing tak lawas

1) kencing kuning dan sedikit. - kalau kencing kuning, pekat dan sedikit, ia bermaksud kuman di dalam air kencing banyak dan toksik yg berlebihan.

2) terlalu kerap mahu membuang air - kekerapannya lebih dari biase. Sebagai contoh 15 minit atau 10 minit sekali.

3) terasa sakit ketika membuang air - (tahap kritikal) terasa sangat sakit an nyilu.

4) sakit di bahagian atas kemaluan ke pinggang - (tahap kritikal) , sakitnya dekat bahagian pinggang dan susah untuk melalukan pergerakan pinggan.

Cara mengatasi :
Simple ! Cause and effect. Masalah akan dapat diatasi apabila menyebab diketahui.....

1) Jaga kebersihan hygiene
-after buang air, lap bahagian kemaluan terutama bagi perempuan.
lelaki rajin-rajin la basuh kemaluan anda.
-tukar seluar dalam sekerap yg boleh, terutama juga bagi perempuan yang datang haid.

2) MINUM AIR SEKERAP YANG MUNGKIN. - ini akan melancarkan pembuangan air kencing anda. Air kencing yang putih dan banyak adalah yang baik.

3) tahan kencing - tahan kencing tapi jgn terlalu lama. kerana ini akan membanyakkan kuantiti air kencing dan mengurangkan sakit.


Kesan :

1) sakit buah pinggang (ini kalau dah tahap kritikal)
Kencing tak lawas ade kaitan dgn sistem penghadasan kite. Oleh itu, buah pinggang akan automatically akan mengalami kesannya.

2) kencing berdarah
Akan berlaku kencing berdarah kerana sistem perkumuhan di dalam badan telah dijangkiti bakteria.

3) emotinally stress 
psychology, mengalami stress dan tekanan. 

Jom Kenali Blogger Ini...

By On 1:41:00 PM
Nice no 400


404


Klik pada header untuk ke blog mereka...


Thursday, August 4, 2011

Rindunya Tika Itu....

By On 3:23:00 PM

Buka emeil..... tengok memember seperjuangan Uitm di hati sibuk duk sembang tentang bulan puasa masa kat foto tu..... Rindu sangat rasanya...... Di tempat itu lah, yang mendidikku menjadi manusia...... 3 tahun bertapak di dalam tu mengejar impian dan cita-cita yang mana sekarang ni ku gamati...... Rindu sangat memori semasa berada di dalam tu......  pagi, petang, siang, malam...... aku di sana....... sesungguhnya pahit, manis, suka, duka hanya di Stadium Shah Alam...... Hanya kami penghuni setia di sana tahu akan rahsia stadium itu...... Stadium itu tidak mungkin ku lupakan........ Memori di balik stadium itu akan ku genggam erat......




Diet boleh mengurangkan Migrain

By On 1:21:00 PM
Dah masuk hari ke4 bulan Ramadhan.... Awal-awal puasa aku dah kena sakit tu...... migraine segala bagai..... sakit INI.... Tadi jumpa kawan, dia pun kena juga! Alahai.... aku dan dia memang serupa..... kalau aku kena penyakit tu dia mesti kena...... memang rasa nak termntah la apa...... doktor cakap xde apa, may be puasa...... hanya ubat ni, dia bagi aku...... huh...... kelmarin memang dah tahap sakit sangat kepala ni dan kaki ni, terus ja balik x sempat nak tunggu kedai refleksologi tu buka....... kongsi sikit tentang migraine ni.......




Apakah yang dimaksudkan dengan sakit kepala migrain?
 
Sakit kepala migrain adalah satu bentuk sakit kepala vaskular. Sakit kepala migrain disebabkan oleh vasodilatation (pembesaran pembuluh darah) yang menyebabkan pelepasan bahan kimia daripada gentian saraf yang melilit arteri besar otak. Pembesaran saluran darah ini terbentang saraf yang melilit mereka dan menyebabkan saraf untuk melepaskan bahan kimia. Bahan kimia yang menyebabkan keradangan, kesakitan, dan pembesaran arteri. Pembesaran arteri membesarkan kesakitan.

Serangan migrain biasanya mengaktifkan sistem saraf di dalam badan yang bersimpati. Sistem saraf simpatik sering dianggap sebagai sebahagian daripada sistem saraf yang mengawal tindak balas primitif kepada tekanan dan kesakitan, apa yang dikenali sebagai "perjuangan atau penerbangan" sambutan, dan pengaktifan ini menyebabkan banyak gejala yang dikaitkan dengan serangan migrain; contohnya, peningkatan aktiviti saraf yang bersimpati di usus menyebabkan loya, muntah-muntah dan cirit-birit.

Selain itu, Cambridge, Migrain adalah sakit kepala sebelah yang meski tidak mengancam nyawa, tapi penyakit ini tergolong parah karena rasanya begitu menyiksa. Ketika migrain datang, ada 4 cara yang bisa dilakukan.


Dr Carolyn Bernstein, ahli neurologi dari Cambridge Health Alliance-Cambridge Campus, seperti dilansir dari Dailymail, (14/5/2010) mengatakan selama ini orang migrain takut kopi kerana diduga boleh mencetuskan sakit kepala. Tapi sebenarnya, cukup dengan 1 hingga 2 cawan kopi  boleh meringankan migrain.


Boleh klik sini k nak tahu seterusnya tentang migraine ni..... 


Tips mengurangkan migrain :


1. Secangkir atau dua cawan kopi boleh membantu meringankan migrain
Kafein merupakan ubat termurah, termudah dan paling banyak tersedia untuk mengatasi migrain. Mempersempit pembuluh darah dapat mengurangkan rasa sakit. Jika mengalami migrain, minum satu atau dua cawan kopi hitam atau minuman ringan berkafein, bagi kebanyakan orang dapat mengurangkan gejala migrain.

Kafein juga membantu menyerap ubat lain, yang menjadi penyebab migrain. Dan kafein merupakan stimulan otak yang boleh membantu orang berfikir lebih baik jika sedang berada pada 'kabut' migrain.

2. Urut
Kejang otot boleh menjadi pencetus migrain bagi banyak orang. Anda mungkin mengalami kejang otot di leher, punggung atau bahu, terutama jika terlalu lama duduk di depan komputer atau memandu.


Gigi, otot-otot wajah atau kulit kepala kadang mencengkam terutama pada malam hari, sehingga anda terbangun dengan migrain. Urut boleh membantu jika migrain disertai dengan kejang otot, kerana ini akan membuat anda rileks.

Walaupun datanya tidak cukup besar, sebuah kajian di universiti besar mendapati bahawa melakukan urut dua kali seminggu selama lima minggu dapat mengurangkan 50 peratus migrain.

3. Yoga
Sebuah kajian baru-baru ini di India mendapati bahawa orang yang menderita migrain dan melakukan yoga dengan kombinasi meditasi dan teknik relaksasi yang lain, dapat mengurangkan migrain dengan berkurangnya rasa sakit. Kegelisahan dan depresi pun akan berkurangan.

4. Magnesium
Magnesium merupakan mineral ajaib bagi pesakit migrain. Walaupun tidak membantu setiap orang, mengambil suplemen magnesium setiap hari boleh membantu mencegah migrain.
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa suplemen magnesium dapat membantu meringankan migrain, termasuk mengurangkan migrain akibat haid.

Bagaimana magnesium boleh membantu? Magnesium merupakan mineral penting untuk beberapa fungsi dalam tubuh, termasuk jantung, tulang dan otot. Magnesium menetapkan pembuluh darah beroperasi, mengurangkan sakit dan menenangkan sistem saraf, yang mungkin boleh membantu meringankan migrain.

Hal ini juga boleh membantu mengurangkan stres dengan bekerja pada sistem saraf simpatik dan boleh menetapkan kadar gula dalam darah, yang merupakan dua punca migrain.

Dan yang lebih penting lagi, magnesium akan menjejaskan pengeluaran dan peraturan serotonin. Serotonin merupakan bahan kimia yang dihasilkan oleh tubuh dan diperlukan sel-sel saraf dan otak untuk berfungsi.

Banyak orang yang kekurangan magnesium kerana gula dan makanan tinggi lemak, yang menghalang peneyrapannya ke dalam tubuh. Orang yang menderita migrain biasanya mempunyai kadar magnesium di bawah normal.

Dr Bernstein menyarankan untuk mengambil 400 mg magnesium satu hari untuk masa percubaan dua bulan. Tapi anda harus berunding pada doktor, bila anda mempunyai masalah dengan buah pinggang.



Yang penting diet juga boleh mengurangkan migrain..... hehehe.... ada can bagi aku nie...... LIHAT SINI......


Masa dulu ramai tak puasa..... tak apa ke?

By On 11:04:00 AM
Allhamdulillah, sepuluh tahun yang lepas semasa di alam universiti, bulan puasa paling best...... masa memula masuk uitm hari pertama puasa...... fuhhhh, penat sangat. Dah la tak kenal sesiapa...... kolejku seksyen 13 dan uitm seksyen 2 jauh lak...... tambang naik cab RM8 hinggit....... mahal tu....... hari ke2 berbuka jer dalam cab, coz settlekan pendaftaran yang belum selesai...... nasib baik la pakcik cab tu berhenti kat seksyen brapa ntah singgah beli kuih dulu....... sedeynyer sesorang diri.......

Tahun kedua dah mula dengan projek sana sini....... bulan puasa lagi....... shooting sana shooting sini...... the reality of life la mula menampakkan gelagatnya....... bulan puasa shooting penat, teguk air jer la krew-krew....... Allhamdulillah, naseb iman aku kuat! fuhhhh..... lega....... 

Bila dah masuk keje, production company......... bulan puasa, siang malam keje....... tido?? 2, 3 jam....... settlekan editing segala bagai untuk function, amal sama, amal sini....... tapi staf nie ramai lak tak puasa........ siap ambil order lagi k, sapa nak nasi kandar mamat belakang, bagi duit sorok-sorok k , nanti secretary bos nampak, kantoi tak puasa...... Allhamdulillah........ iman aku lagi kuat....... makan? harus la bilik rahsia...... haduiii..... siap bergosip..... "ala artis tu pun tak puasa gak, nampak jer cam tu"........ huhuhu.... tambah lagi dosa aku....... dah la tengok, subahat, siap dengar lagi!.......

Tapi sekarang, Allhamdulillah......... semua ok..... tiada lagi dunia itu....... sangat tenang di sini bersama keluarga tercinta....... jadikan itu semua pengajaran dan pengalaman hidup....... manusia ramai yang baik tapi ada yang kurangnya Islam....... walaupun tidak mampu berdakwah dengan mulut, mampu doakan mereka dengan hati semoga sampai masanya mereka berubah...... InsyaAllah....... 

Wednesday, August 3, 2011

Melatih anak-anak Ramadhan

By On 4:54:00 PM

Untuk dikongsi bersama bagi saudara saudari yang sudah mempunyai cahaya mata untuk mendidik anak-anak kita beramal di bulan Ramadhan...... boleh rujuk ISMA KEDAH.......



Popular

Follow by Email