Enter your keyword

Sunday, July 31, 2011

U all dah ada stok kurma ke?

By On 5:30:00 PM

Alamak... baru teringat la kat rumah xde kurma... stok kurma dah abis... biasa memang ada... sok dah nak poso nih... jom kita pergi pasar ke mana cari kurma...

Penting ke kurma?

Off course penting la bagi ku, sunat Rasulullah mesti makan kurma... harus diikuti juga kita umatnya... agak-agak ada tak yang tak suka kurma nie....

Ia memang buah yang baik untuk badan kita....

Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya 50 hingga 57% glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi.
Diserap Serta-merta

Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.


Tenaga Serta-merta

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang Maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.
Kulit Mengandungi Serat, Sumber Utama Potassium

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi pelbagai zat galian dan yang paling banyak ialah potassium. Potassium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf. Kurma adalah sumber terbaik potassium. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potassium tetapi jumlahnya sedikit.

Menguatkan Ingatan

Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.


Penawar Racun

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."

Meredakan Tekanan Darah

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.


Menambah Tenaga Seksual

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.


Kandungan Kurma

Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

Dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.


Jus Kurma

Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetes, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.

Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.


Kurma Dalam al-Qur'an

Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, dalam al-Qur'an terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
Sapa yang belum ada stok kurma harus didadapi segera k!
Salam Ramadhan.... 


Kenapa kita selalu tak jujur?

By On 12:50:00 AM
KEJUJURAN

Selalu dipekatakan dalam diri kita... Cuba check dalam diri anda ada tak sifat ini? Ada? Tiada? Sedang-sedang? erm.... tadi aku tetiba rasa nak blogwalking blog-blog yang ada link kat blog aku.... cari punya cari mana aku punya link, huh... tak de la.... belek kat blog ke2 pun tak de, blog ke3, ke4, ke5.... semua tak de.... haishhh.... apa aku buat ar? betul ke aku ni bersahabat dengan blogger semua.... tak kot.... kalau yer, mesti dah ada link kan.... cuba u all tengok tempat link aku, takut aku juga terlupa nak masukkan link u all kat blog aku secara suka sama suka.... kalau tak ada inform pada aku k.... kejujuran penting dalam semua hal.... walaupun kita bersua di alam maya.... 




 

Thursday, July 28, 2011

Em... Mood : Kecewa

By On 11:28:00 PM
Mesti ramai yang sedey kan malam ni... sedey + kecewa.... Aku pun da gak perasaan tu...... yuhuuuu..... kita sama..... nampak page suh rajagobal letak jawatan la coz x pandai susun defend...... huh, macam-macam ada..... malam nie duk bercakap pasal bola la..... makan, minum, tido bolaaaaaa.......

(malas sangat nak layan n fikir pasal bola), jom kita check tempat kat mana berbuka puasa best... hehehe.... 1 Ramadhan tempat saya cuti...... alahai apasal aku x ambik jer cuti 31 Julai tu..... memember ramai cuti...... hadui..... tahun ni cam tak meriah sangat la bulan puasa coz tahun dulu ada student...... tahun ni student cuti, cafe-cafe semua tutup..... xde la banyak choice tempat menarik..... tempat u all mesti banyak pasar ramadhan kan....... 

Apa yang penting, jangan beli ikut nafsu k..... bila dah berbuka makan kurma, minum air, ambil kuih sikit dah mula rasa kenyang...... (bagi yang perut biasa) hehehe....... solat maghrib, tarawih...... 


erm....... mercun? mesti berdetum-detum..... nak-nak tempat aku ini, dekat jer dengan sempadan kan...... kita mula puasa tapi media dah mula cerita kena mercun ini dan itu...... awasi anak-anak anda k...... yang muda remaja belum ada anak tu, awasi adik, saudara mara anda...... jangan u all lak join sekaki...... 

Selamat malam..... jangan sedey dan kecewe-kecewe k....... setiap yang berlaku ada hikmahnya........


Ghimau kat ghumah nih, mengaunggg doh...

By On 9:35:00 PM
Huh... penat aku nengok bola tu.... baik aku dengar jer.... kalau tengok rasa lagi sakit hati, nak pulak ghimau kat umah nie dah menraungggg-raungggg...... duk tunggu ghimau melaya meraunggg, bila lagi nih..... yang lain lak meraunggg (cik hubby)...... penat arh...... hope cepat skit ghimau malaya meraunggg k...... InsyaAllah da rezeki tak ke mana..... Kalau tak de itu yang terbaik dari kita..... bukan nak kecewa awal...... ketentuan semua Dia tentukan..... Doa dan terus doa..... Putributterfly kata "wontobet yang petingggg kejasama"......Go go go Harimau Malaya.....


Perlu ke cuti dalam hidup ni?

By On 3:02:00 PM

Cuti, cuti, cuti... cuti daripada apa ye? kerja? belajar? ibadah? Kalau yang tak bekerja, belajar atau beribadah macamana lak... mereka ni bercuti ke? hehehe... atau sakit? pun boleh cuti tak... atau juga cuti daripada menjadi girlfriend/boyfriend, bertunang (xde kaitan dengan kes elia k) hehehe, atau cuti sebagai isteri/suami... atau juga cuti bersosial, dan cuti berblogging.... yuhuuuu.... 

Cuti Kerja
Perlu ke cuti? Kenapa perlu? Mungkin juga ada yang akan menjawab kalau dia seorang pekerja, cuti perlu bagi saya... Bayangkan kalau seminggu tak cuti kerja, macam-macam la akan keluar dar mulut.... bos itu la ini la.... semua nak marahkan... kebanyakan ayat yang dikeluarkan lebih bersifat memarahi, merungut, macam-macam... (cuti aku tahun ni ada 35 hari lagi)... Bagi yang bekerja perkara ini mungkin sangat disukai :

AK  : Bos saya nak minta cuti minggu depan?
Bos : kenapa nak cuti?
AK  : Saya nak balik kampung bos, bawa anak jalan-jalan, cuti-cuti Malaysia...

Cuti Allah
Terfikir tak kita, yang Allah tidak pernah bercuti! mengasihi, menjaga kita! Sedar tak, kita jer yang selalu bercuti ingatkan Dia.... Sedangkan Dia tak pernah bercuti ingatkan kita.... Aduhai.... apalah sikap aku ni selalu juga bercuti untukNya.... Cuti beribadah, selalu diabaikan.... Cuti dari mengata ini dan itu, bercakap itu dan ini.... bercui gosip itu dan ini.... semua termasuk dalam ibadah kita, yang selalu dilupakan....

Kenapa kita perlu cuti dalam hidup ini, hanya kita sahaja yang boleh menjawabnya bagi diri sendiri kerana anda sahaja yang tahu diri anda siapa... erm... untuk apa dan untuk apa, kenapa dan kenapa...

Memandangkan bulan Ramadhan dah semakin hampir kemudian Syawal lak akan menjelma, cuti dalam hidup anda terutama Muslim, mahu menyambut Aidilfitri... Tapi jangan lupa kita ada Ramadhan... jangan lak bercuti mengerjakan ibadah di bulan mulia tu... 

Salam Khamis....


Bukan buah tempatan k...

By On 12:29:00 PM
Al kisahnya... Petang kelmarin aku pergi ambil putributterfly balik dari tadika... Cikgunya, bila jer nampak aku terus buka beg putributterfly ambik sekeping kertas suruh bagi kat aku! Gamaknya apa la yang cikgu tu suruh... Sambil tu aku sempat menjeling kawan anak aku pun duk pegang kertas yang sama gak... Rupanya cikgunya tulis memo :

"Assalamualaikum... bagi menjayakan aktiviti pada minggu ini yang bertemakan buah-buahan, kami mohon kerjasama ibu/bapa untuk menyumbangkan buah-buahan seperti berikut :- 
APPLE @ PEAR (5 biji) "

Gambar ihsan pakcik gugel
Agaknya cikgu pun dah jemu makan buahan tempatan... So, demand la sikit mohon buahan omputih... hehehe.... Ingatkan apa la kat kertas tu...

Jangan duk salah bagi yang ni lak k... hehehe...

Thursday, July 21, 2011

Ehhh... diaorang baut apa tu?

By On 3:06:00 PM
Kelmarin aku keluar ofis cepat sikit, bergegas nak p kedai dobi ambil pakaian yang aku hatar minggu lepas... Setiap kali petang after 5 keluar ofis, sampai kedai dobi tu dalam 5.30, kedai tu dah tutup... Bila sampai sana uncle dobi tu cakap "baru datang" aku reply ler.... "saya dah berapa kali datang kedai uncle tutup"... uncle tu senyum jer kat aku... ada makcik kat kedai uncle tu jawab... "dia tutup awal beberapa hari ni, dia pergi hospital"... oic.... then, bawa masuk pakaian tu kat dalam kereta... "haduiii Triton nie duk blocking kereta aku lak... kejap jer kot, ada orang dalam Triton tu"...

Gambar hiasan semata dari gugel
Selepas jer keluar kedai uncle tu, aku terpandang ada kecik runcit yang tak berapa nak runcit kat tepi sekali deret kedai dobi tu.... Dalam hati aku bagus ler, nak p beli tali rafia.... mesti ada.... nak sampai jer kedai tu aku ternampak kat dalam kedai dia belakang sekali ada gate the ada lak orang duk beartur kat gate tu... "aik, dorang buat apa tu" bila dah sampai dekat kedai tu aku ternampak ada auntie Chinese bagi sekeping kertas kecil pada orang yang duk kat pagar tu n terus belalu... Aku tengok muka-muka yang duk beratur tu, ehhh... Melayu la.... "tak kan kot"... mata aku terus jer tenampak tali rafia dan terus ambik... lelaki yang ambik kertas kecil tu naik Triton yang blocking kereta aku and terus berlalu... Ada 3 orang kat dalam tu, muka Melayu jer.... haiishhhh... tengok plat no... eh... pendaftaran Malaysia.... kalau Siam aku tak la heran sangat! 
 
Aku dah mula takut nak masuk kedai tu, seorang lagi auntie yang jaga kaunter panggil aku masuk bayar kat dalam... Sempat lagi la aku tengok muka-muka yang duk kat gate tu.... Satu demi satu auntie yang kat gate tu hulurkan kertas.... Bila dah bayar rega tali tu aku terus berlalu.... Seorang lagi keluar dari kedai tu, juga Melayu then terus bonceng motor bersama isteri dia.... Patutlah bila aku dekat jer ngn kedai tadi, ada perempuan tengok ja kat aku.... nie kali pertama aku tengok kejadian ni sejak 4 tahun aku menetap di sini... Rupanya ada juga benda ni kat sini tapi secara tertutup.... Masa aku kat Penang dulu memang secara terbuka benda ni... Tak la heran sangat coz tempat ramai penduduk Cina.... Tapi ni pembeli dia Melayu k... Haduii... nape ye ada perasaan nak buat perkara macam ni....

Monday, July 18, 2011

Nice no... 222...

By On 10:10:00 PM

Follower ke 222... waaahhh... cantiknya no nie... tahniah Ary... jom terjah ARY ANWARI... jangan lupa jadi follower dia sekali k...


Thanks to BA

By On 3:10:00 PM
So very appreciate, x sangka pun ada... terkejut bila baca komen ni dari Elin:





nape lak dia wish aku tahniah?... em... aku scroll dashboard ternampak my header kat blog Ben Ashaari... ye ke ni?... 

terharu sgt... thanx to brother Ben Ashaari sudi promo blog tahap apa nie tak tahu nak diketogarikan... seperti kata namee nihh...
yang saya tahu yang buruk dari saya yang baik semua dari Nya... 

hope dapat kenal ramai blogger dan berkongsi apa saja.... especially new experience, new information, yang penting ILMU baru dari blogger2 di luar sana....

Film vs Advertising....

By On 2:50:00 PM
Pagi ni, masuk ofis awal coz p anta puteri butterfly tu awal sikit nak suh dia breakfast and blaja sesi pagi kat tadikanya... Kalau tak kesian lak kat dia asyik terlepas jer balaja sesi pagi... 8.30am dah sampai ofis, buka jer latop duk check emeil, ketua jabatan siap called nama aku lagi bila nampak pintu bilik terbentang luas... aku senyum ja... dalam hati aku "ada meeting ke, aku?" o... ic... rupanya meeting pihak atasan sahaja.... aku? pihak bawahan (jangan perasan k)... heh....

Sepagi sampai 2.30 pm ddk discussion ngn my click... sesambil duk discuss tu, my dept head datang and my senor lak singgah bilik aku apa lagi, 

"nanti kita akan buat kembali leads"
"bila nak mula"
"hari Selasa petang la, minggu depan"
"esok Selasa tak ada apa kan, buat ja esok"
"siapa nak start dulu ni"
"tanya Z dia nak discuss topik dia tadi"
"Sheila la start dulu" ngeee.... (aku lak yang kena)
"saya belum ready, nk kena baca buku banyak lagi nie" ngeee....
"baca buku tak habis, banyak buku tu"
huh, betul gak...
"ok la, saya start dulu"....
"ok, nanti akak emeil esok kita ada leads"

haduiiii... cari pasal, malam nie nampak gayanya kena stay up la aku....
"mise en scene"!!!
 my new topic film vs advertising....

Please sesiapa ada filem-filem terkini yang ditonton boleh share dengan saya k..... help!!!

Saturday, July 16, 2011

Syaaban dan Kelebihan...

By On 7:13:00 PM

Hari yang ditunggu, rupanya hari ni... haduii... dh terlepas nak puasa... huih, kesalnya... jom malam ni kita sesama baca yaasin...

Antara kelebihan amalan di bulan Syaaban adalah seperti berikut :
  1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
  2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya
  3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid
  4. Kelebihan malam nifsu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak
  5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nifsu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.
Jom sama-sam kita mecari keredhaan...

Cuccci, cuci lagi...

By On 1:52:00 AM
 
Entry tertangguh nie.... Aktiviti Khamis lalu, aku dan kawan-kawan ofis bergotong-royong bersihkan bangunan baru kami yang mula diduduki 2 minggu lepas.... Dalam duk bersih-membersih tu macam-macam la citer.. yang gelak tawa, yang seram menyeram.. Al-maklum la tempat baru kan, baru siap bina... haduii... awal duk tu, aku ngn puteri butterfly sanggup naik tingkat 3 panjat tangga... bila dah biasa, lama sikit ni baru ad keberaniaan nk naik lif... huhuhu... time nak buat tahlil, baca yasin tuk bangunan nie, time ni ler dorng duk citer memacam... sampai ke hari gotong-royong tu la... tak habis lagi... hadui.... kecut perut gak... haishh... minta jauh k perkara buruk... semoga kita di linduni sentiasa... dalam bilik duk on kan ayat-ayat sucinya... huh!

Yang lawaknya, kami duk pulun la cuci white board coz marker yang contractor conteng tu dah kering kt whitboard tu...  Ada dalam dalam 5,6 orang duk menyentalnya dengan penuh kegigihan termasuk skali ngan aku... Then, sambil duk sental tu tu, kawanku yang laki ni cakap "kalau ada tiner ni tak yah duk sental, cepat jer tanggal".... then kawan laki yang sorang lak cakap "plastik nie buang la, carikkan" dia terus carikkan... semua org terkedu... dan gelak ramai-ramai.... aduyaiiii... rupanyer plastik whiteboard tu belum dibuang... tak yah nak sental-sental tonggek punggung.... hahaha.... semua pakat gelak...

Si puteri butterfly, hari tu aku tak hantar tadika... sama naik ngn orang tua duk cuci gak! kawan-kawan aku duk layan dia, dia lagi ler suka... terover rajin... semua tanya "kat rumah macam ni ke" aku jawab "emmm.. kat rumah tak de la cam tu, balkon jer tu" hehehehe.... boleh buat menantu ni Amani.... huhuhu... my puteri...



Wednesday, July 13, 2011

Berapa kali u all berubah dalam hidup ini?

By On 12:35:00 PM
Salam... 
Kelmarin kan aku frustated... pasal nih...
Sedey sesangat k... tapi boleh diuabati lagi...
Bila malam, nak jer lelap mata ni, fuhhh... teringat k....
Apa lagi kemurungan menjelma la....

Dan dan dan.... my hubby buat sesi kaunseling lak...
Tersentap, tersentuh, semua ada ter ter ter.....


Sakitnya!!!


Pentingkan diri sendiri
Pentingkan hal cita-cita aku... kalau aku tak berjaya dalam semua tu, aku lagi tak boleh nak tolong keluarga... diri sendiri pun terabai... plz focus Sheila....

Emosi berceramuk
Kadang-kadang susah nak luahkan... sekarang memang aku mengabaikan perasaan aku sendiri... banyak berfikir... Haduii... husband aku marah... Dia kata susah nak tengok aku senyum... memang selalu senyum tapi dalam hatinya terseksa.... so senyum ikhlas x de dalam diri ini....emosi selalu berbaur....

Kemurungan
Hal tersebut membuat aku murung... lebih-lebih lagi kegagalan demi kegagalan aku terima dalam proses pengajian aku.... kegagalan ini buat aku sangat terseksa.... dah 4 tahun aku tungu k!!!! Aku mesti berubah... tinggalkan semua kemurungan itu... bila diri dah murung nie senang sangat dapat stress... depress... Aku nak berubah dari semua tu.. nak tinggalkan jauh-jauh perkara sebelum ni... nak lapang kan hati, nak stabilkan emosi dan mental... dan yang penting aku yakin kepada diri sendiri.... ada motivasi. Siapa lagi yang boleh ubah kita, kalau kita tak bah diri sendiri nie kan???

Simptom-simptom kemurungan
  1. kesedihan atau ‘kekosongan’ perasaan yang berpanjangan.
  2. hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan.
  3. cepat rasa letih dan tidak bertenaga.
  4. perasaan pesimistik dan mudah berputus asa.
  5. perasaan bersalah dan tidak berguna.
  6. gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur.
  7. hilang selera makan dan penurunan berat badan.
  8. “rasa lebih baik mati”, kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri.
  9. rasa tidak tenteram dan mudah marah.
  10. kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan.
  11. simptom-simptom fizikal seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman.
*Apa yang terjadi kepadaku..

Mengapa seseorang mengalami kemurungan
  1. kemurungan boleh berlaku dalam keluarga.
  2. peristiwa atau kejadian yang menyebabkan seseorang tertekan, contohnya: kematian ahli keluarga, gagal dalam peperiksaan, perceraian ibu bapa.
  3. penyakit kronik, contohnya: sawan, asma dan kanser.
  4. risiko kemurungan boleh meningkat dengan penyakit neurologi seperti strok, Penyakit Parkinson (Parkinson’s disease) atau multipel sklerosis.dan juga tahun pertama selepas melahirkan anak.
  5. ciri-ciri peribadi seperti tidak ada keyakinan diri.
  6. penyalahgunaan dadah, contohnya steroids, ubat cegah kanser dan sebagainya.
*Apa yang terjadi kepadaku..

11 tips mencegah kemurungan
  1. belajar menjadi tenang dan bersabar
  2. jangan terlalu ‘high expectation’ sehingga sukar dicapai
  3. rancang tugas agar teratur
  4. jangan terlalu mengharapkan sesuatu
  5. elakkan bersendirian..habiskan masa dengan orang yang tersayang
  6. libatkan diri dengan aktiviti yang membolehkan anda berfirkir secara positif
  7. setiap keputusan yang berat harus dibincang dengan pihak kedua, dan melihatnya secara objektif. Ataupun mengambil keputusan setelah masalah kemurungan itu selesai.
  8. tingkatkan keyakinan diri dengan menyertai kursus motivasi
  9. berusaha dengan membantu diri anda sendiri dengan sebaik mungkin
  10. jangan menyalahkan diri sendiri jika menemui kegagalan
  11. Jika anda mengenalpasti diri berada dalam kemurungan, jangan malu untuk mendapatkan bantuan daripada mereka yang pakar. Anda boleh berjumpa dengan kaunselor atau ahli psikologi bagi membantu anda.
Aku jumpa Teori Kemurungan Kognitif Beck


 Teori Kemurungan Kognitif Beck telah diperkenalkan oleh Beck tahun 1967. menurut Beck kebanyakan tanda-tanda murung adalah berpunca daripada sikap dan pemikiran individu yang negatif iaitu gejala dan tanda-tanda menunjukkan kemurungan adalah akibat daripada pemikiran yang tidak tenteram. Pemilihan Teori Kemurungan Beck merujuk kepada kesesuaian teori ini dengan kajian yang dijalankan. Teori ini juga mengatakan perubahan dalam pemikiran seseorang adalah berpunca kepada kemurungan. Seterusnya tengok SINI....


Berubah, Bermotivasi, Bangkit!
Sempena aku masuk ofis baru, bilik baru dan serba baru ni... aku mahu aku menjadi orang baru... kental seperti dulu... hah, kalau dulu orang tengok aku pun takut...  skang nie orang tengok aku, pun orang perlekehkan aku.... huh! mesti mau ubah ni.... aku nak jadi aku yang dulu.... kuat semangat, yakin! tidak mudah putus asa.... aku tak mahu lagi orang perlekehkan aku, dihina, dikeji... aku ingat bila orang buat aku macam tu, aku tak kisah, Allah yang tahu segalanya... orang hina pun tak apa jangan Allah hina kita! tapi sekarang aku kena pandai jaga emosi kena kuat mental aku nih.... Manusia bukan Tuhan k... mereka tak boleh buat sesama manusia macam tu...InsyaAllah... I can do it! yaeehhhh!!! Aku Bukan Bodoh!!!




Jom tengok trailer ni  anak titipan tuhan... Dia bukan Bodoh!


Tuesday, July 12, 2011

Ku baling hati di PCB

By On 11:29:00 PM
Teringat zaman study ku 10 tahun yang lepas.... bila saja aku dilanda rasa kecewa di situ la aku membawa diri yang lara... huhuhu... Pantai Cahaya Bulan dengan rumahku dalam 20 minit, tapi sekarang ni bandar Kota Bharu pun dah jam, agaknya masa tu panjang ler.... Bila pulang dari kolej, aku mesti menapak ke sana... mencari ketenangan, melihat kebesaran Allah... tenang sangat bila dapat melihat laut yang terbentang itu...

Tadi, aku terfikir mana nak cari laut kat sini... Pantai Merdeka??? Aku tak tahu tempat tu! Sejak aku merantau ke sini aku tak pernah pergi pantai... Yang aku tengok hanya laut tepi jeti Kuala Perlis... Aduihhh... sedeynya... Tadi, aku bawa diri dan kesedihan ke rumah... mengadap blog ni, mengadap Allah... no more beach... heh...

Jika dulu breakfast pun aku ke PCB, ntah nape... aku rasa tenang sangat ke sana! Walaupun seorang diri... Bila aku di Penang aku pernah, membawa diri yang lara ke pantai Sea Gate bersama sahabat baikku! Fuhhh... syokknyer pukul 2 pagi kami tidur di atas hampiran pasir tu.... Sambil mengadap bintang yang berkelip-kelip... Cantiknyer kejadian Allah... aku suka kedamaian, ketenangan itu... Sekarang aku susah dapat semua tu, melainkan aku balik kampung...

Tapi tanpa disedari aku memang di kelilingi dengan ketenangan yang menghijau suasana hutan rimba pejabatku... huhuhu... 

3 bulan lepas, seakan reunion di pejabatku, aku berjumpa kembali dengan junior, senior dan lecturer ku... Semua berhimpun di tempatku! Lecturer ku menyapaku lalu membalas "saya tenang di sini"...

Rasanya last sekali aku ke PCB bersama anakku, husband n my cousin 2 tahun yang lepas... tahun lepas balik kampung raya tak sempat nak ke sana...


hahaha... bezanye, gambar atas time belum kawin, gambar bawah time dah kawin... Amani my baby dolu-dolu tengok laki jer menggeletis, skang ni tengok laki jer tersipu-sipu menyorok belakang aku... huh! dah pandai malu...

Balik kampung rasa x sah kalau tak lepak kat PCB... Kalau tak banyak aktiviti mesti plan gak ngn cousin2 ku lepak sana.... huhuhu... Adioosss.....

Zikir adalah terapi ajaib ubat bagi hati, roh insan....

By On 10:47:00 PM

Allhamdulillah, walaupun hari ini sangat menyedihkan aku, aku bersyukur kerana Dia memberi aku kekuatan dan kesabaran menghadapi dugaanNya...

Terima kasih Ya Rabbi!

ZIKIR mempunyai kedudukan sangat istimewa kerana ibadah ini digalakkan Islam sebagai satu bentuk amal ibadah yang menunjukkan sifat tunduk serta patuh sepenuhnya kepada Allah, disertai pula rasa kasih, reda dan yakin kepada-Nya.

Mukmin yang sentiasa mengamalkan zikir akan dapat merasai kesannya seperti ketenangan jiwa. Firman Allah yang bermaksud:
(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu tenang dan tenteramlah hati manusia. (Surah Ar-Rad, ayat 28)
Dalam kehidupan, kita sering berdepan pelbagai cabaran dan dugaan sehingga ada ketikanya membawa kepada keresahan jiwa. Justeru, dengan sentiasa mengamalkan ibadah zikir, ia ibarat terapi ajaib yang menyembuhkan keresahan jiwa manusia. Namun, penyerapan roh zikrullah tidak datang kepada pengamalnya jika hati tidak bersama tatkala berzikir. Ketenangan hati orang mukmin terhasil daripada zikrullah adalah hakikat dalaman yang hanya boleh dirasakan oleh hati yang diselaputi kemanisan iman.

Selain itu, mukmin yang sentiasa berzikir akan diberikan ganjaran pahala yang besar. Ini janji Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Dan orang lelaki yang menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya serta orang perempuan yang menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya, Allah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Ahzaab, ayat 35)
Walaupun zikir amalan yang mudah dilakukan, tetapi menjadi berat untuk dibiasakan. Antara penghalang kepada seseorang untuk membiasakan lidah berzikir ialah disebabkan dosa yang dilakukan.
Apabila daki dosa tertampal pada hati, ia terhijab untuk menggerakkan seseorang berzikir. Faktor lain, seseorang itu dibelenggu sifat mazmumah seperti hasad dengki, suka mengumpat dan sebagainya. Sifat keji seperti ini juga akan menghijab hati untuk berzikir.

Ibnu Taimiyah berkata, keperluan hati terhadap zikir umpama keperluan ikan terhadap air. Cuba bayangkan, bagaimana keadaan ikan jika kita keluarkan dari air.

Al-Imam Syamsuddin Ibnu Qayyim mengatakan: “Sesungguhnya zikir adalah makanan asas bagi hati dan roh, apabila hamba Allah gersang daripada siraman zikir, maka jadilah ia bagaikan tubuh yang terhalang untuk memperoleh makanan asasnya.”

Demikian penting dan tingginya kedudukan zikir kepada seseorang mukmin. Kita seharusnya berpegang kepada prinsip hidup, tidak sempurna hari tanpa zikir. Inilah yang seharusnya kita didik supaya lidah dan hati sentiasa berzikir kepada Allah.

Ibnu Masud ada mengatakan: “Sesungguhnya aku bertasbih beberapa kali itu lebih aku sukai daripada aku menderma beberapa dinar dalam jumlah yang sama di jalan Allah.”
Zikir berkhasiat pula sebagai ubat bagi kekerasan hati.

Dikisahkan bahawa ada seseorang bertanya kepada Hasan al-Basri: “Ya Abu Said, aku ingin mengadu kepada tuan, mengapa hati aku ini menjadi keras begini?” Lantas kata Hasan: “Lunakkanlah hatimu itu dengan zikir.”

Kedudukan tinggi amalan berzikir turut digambarkan dalam kisah seorang bertanya kepada Salman al-Farisi: Amal apakah yang paling utama? Kemudian dijawab Salman: “Tidakkah engkau pernah membaca ayat, Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (keutamaannya) daripada ibadah yang lain.” (Surah Al-Ankabut ayat 45)

Abdullah bin Masud pernah berkata: “Sesungguhnya sebuah gunung menyeru gunung yang lainnya dengan namanya dan bertanya, apakah hari ini ada orang yang lalui di atasmu dan menyebut Allah (berzikir)? Maka apabila gunung itu menjawab, ya, maka ia akan gembira.”

Demikian juga riwayat yang mengatakan Abdullah bin Abbas pernah berkata: “Tidak ada sebuah lembah yang di atasnya disebut nama Allah kecuali ia akan merasa bangga atas lembah yang berada di sekelilingnya, ia merasa gembira dengan zikir yang diucapkan itu. Kegembiraan itu juga turut dirasai oleh tujuh lapis di bawah lembah itu.”

Begitulah gambaran jelas menunjukkan betapa amalan zikir mempunyai keistimewaan besar yang seharusnya menjadi amalan rebutan setiap mukmin untuk mencapai keredaan Allah dan menikmati ketenangan hidup.

Pagi-pagi dah buat exercise mulut ke....

By On 3:56:00 PM
Hah... ni citer pagi tadi sebelum menerima kesedihan yang dijangkakan tu.... Jumpa dulu rakan-rakan kat ofis... Tapi lepak breafast sambil mengumpat... huhuhu... buka pe k... exercise mulut, lepas tu lak exercise mata lak.... hehehe.... Kawan ni duk citer pasal anak laki dia terlebih berat badan... cuti sekolah nanti nak berkhatan, tp berat lak mejangkau 84kg umo 12 tahun... Haduiiii... risau la si mak dia nie...

Citer-punyer citer dia cakap ler, dia p pusat rawatan Al Jabbar nk buang lemak anak dia... Check SINI k... Tuk buang lemak, kita just duduk jer atas kerusi tu.... mesin akan proses. Mesin tu nawanyer Dr. Jism fungsi tuk Light Wave Energy.... Bila tanya harga mesin tuh... fuhhh RM17 000.00. Guna 1 jam RM7... ok la tu kan... so, kalau kita ambil pakej 10 kali = RM5 sejam... berbaloi gak tu... janji leh buang lemak dan turun berat badan....

Ada bagus tak boleh cuba nih... Apa lagi nak p terjah la nie... yuuhuuuu..... Contact no, website, pengasas KLIK SINI....




U all buat ape yer kalau frust sangat?

By On 2:21:00 PM
erm... 
perkara biasakan kalau kita keciwa....
agaknyer kan ada tak manusia tak keciwa dalam hidupnya?
perasaan ni selalu jer aku rasa...
dalam tahun ni dah bayak kali...
len kali aku nak catat la, brapa kali aku keciea...
hehehe....

sedey k... bila keciwa ni...

Sebab???
terlalu banyakkan...
ada yang frust dalam bercita,
rumahtangga?, ada gak yang frustkan...
ngan keje pun banyak,
ngan study pun ada...
ngan family pun biasa...
kawan?
kan, kan, kan....
uihhh banyak tul...

Aku???
aku pun tengah frust gak skang ni...
terus aku mendiamkan diri lepak kat blog ni...
kawan contact pun malas nak angkat...
sakit beb!
biar la sebab aku pendamkan...

Saluran meluahkan rasa hati???
Sahabat!
Ada orang perlukan teman meluahkan rasa keciwanya...
Aku??? my husband!
Tapi sahabat setia bagi aku
huh! Air mata!
memang setia nih...
nak luah kat teman, rakan,
tengok orang juga...
coz dunia aku lain...
susah nak percaya pada teman sejati...
melainkan suami!
aku mungkin dimalukan dan diperlekahkan lagi kalau luah pada teman...
Dulu memang ada sahabat, tapi sekarang bila dah kawin,
Suami la sahabat!
dan yang satu
this blog...
mmmuaahhh... i love...
Sahabat karib ku ni...
semua yang sudi mendengar!


Penawar!
Dekatkan diri denganNya
rasa cara terbaik...
walaupun aku tak putus-putus memohon...
and I think, I can't stop pray and pray, if I'm still live...
di bumi Nya...

Dia sayangkan aku???
aku rasa Dia mesti sayangkan aku!
kalau tak Dia tak bagi aku dugaan demi dugaan ni...
aku nak jadi SAHABATnya...
supaya hati aku ni tenang dan sentiasa tabah...

Aku teringin nak pergi SINI....


Dalam beberapa tahun nie, aku susah sangat...
Dari segala hal... sedey k... 
aku terus cuba dan cuba meloloskan diri dari semua tu...
tapi belum berjaya...
(banyaknyer dosa aku nih)
Mohon keampunan Mu!
Tak apa la tak ada rezeki lagikan...
Aku mohon Dia permudahkan cita-citaku!
dan permudahkan masa hadapanku...

Jom tengok doa PENAWAR HATI


Di kala mendung menjelma

By On 1:17:00 PM
Salam....
Pagi yang mendung... semendung hatiku...
Sakit sangat badan ni, nk bangun punyer lambat... Lepas subuh tertido semula... huhuhu...
Apalah nasib, rasa macam ada sesuatu kt badan ni... teramat penat, dan sakit!
Masuk ofis dah lambat, nak MC pun sayangkan... 
Gagahkan juga tubuh yang longlai nie...
Kat kepala sarat bangat! 

Hari ni lagi terima berita sedey,....
Dah memang dijangka kan...
Result yang ditunggu...
Alahai, pe la nasib ni kan...

pakcik gugel punyer
Sedey jer berpanjangan... 
Dah bertahun-tahun berjuang...
Susah tiada siapa yang tahu...
Orang tengok kita senang, tapi hakikat hanya kita saja yang tahu....

Ntah bila akan berakhir, hanya mampu doa dan terus berdoa....
Harap Dia tak bencikan aku!
Semoga Dia berikan kekuatan untuk aku sabar dah tabah....
Semoga Dia berikan aku pentunjuk dan hidayah dalam hidup ini....

Monday, July 11, 2011

Teringat zaman dolu-dolu....

By On 11:01:00 AM
Fuhhh sedap weis...
Korang pernah makan nie tak... 
Masa kecik-kecik dl mesti berebut nak beli ni...
10sen sebatang... 


Aiskrim bubur kacang hijau.....

gambar cilok pakcik gugel (jangan mara daaa)



mana nak dapat yer skang nie selain dr buat sdiri....
huhuhu.... tang buat tu malas.... hehehehe...
cuba sekali nak lagi nie...
meletoppp.....


Saturday, July 9, 2011

Farah Anuar : Debaran Seorang Isteri

By On 6:07:00 AM

Erm... ramai artis mula mengakhiri zaman solo pada tahun ini...
Yang akan mengikuti jejal Noh Miz Nina, Tomok, cik adik AF Farah Diana Anuar.... Dulu kita kenal dia dengan Farah Pweit... pweit... Siap dah plan nak honeymoon lagi ni.... Klik SINI...
Tahniah kepada semua artis dan celebriti, semoga berkekalan ke akhir hayat...

Friday, July 8, 2011

Seminggu yang penuh debar dan kepenatan....

By On 8:05:00 PM
Allhamdulillah.... segala puji bagi Nya...
Seminggu berllau dengan penuh debaran...
Hari ni hari yang ditunggu, tapi belum tahu keputusannya...
Kena tunggu lagi 2 hari, Ahad baru dapat tahu....
Em... dah penat sangat terseksa ni...
Nak mula hidup baru, langkah baru,
semangat baru ni...
dah tak sabar2 nie nk ubah segalanya...
ia penting bagi hidup ku ini...
huh...
Kalau keputusan tidak berpihak,
aku hanya mohon kesabaran dan kuatkan semangatku!

Seminggu ni juga berpuas pulas pindah barang masuk ofis baru....
Sakit habis ler bahu ni pikul barang....
Allhamdulillah semua barang dah masuk bilik baru...
Acara kemas-mengemas ler bermula...
Masing-masing duk usha bilik masing-masing...

Skodeng mber sbelah buat deco apa... hehehe...
Yang penting aku ikut jer cara aku,
walaupun mata nie duk skodeng gak bilik mber lain....
kekekeke.....
Bilik mber laki biasa ler mana ada nak deco-deco ni...
Bilik perempuan, harus ler... siap letak sofa segala macam...

Aku harap minggu hadapan agar memberi sedikit kebahagiaan....
Sinar untuk aku melangkah menuju cita-cita...
Amin.... 

Thursday, July 7, 2011

Wardina nama mu sungguh cantik! Secantik tuannya...

By On 7:02:00 PM

Alahai... cian bila baca kes Wardina ni...
Sampai cuti 2 bulan... 
Kalau aku ditempatnya, mesti stress gak tu...
Hari ni kuar lagi SINI, lum reda lagi kes dia ni..
Semoga Wardina tabah...
Sesungguhnya Allah sayangkan kamu!


Ada Aku Kisah....

By On 12:39:00 AM
Aku peduli apa orang meluat ke hape ke ngn entry aku! Aku tau ada yang tak suka entry luah meluah perasaan ni! Kalau dulu diari semua orang tak boleh baca tapi skang diari semua orang seluruh dunia baca! Hati ni tak mampu nak simpan nak pendam rasa sesorang! Hati boleh cakap dengan Nya tapi sama kalau di bingkiskan di halaman ini! Ada aku salah!

Kesedihan yang amat dirasakan... bertahun berlalu, jangka masa yang panjang! Bila pijak jer kaki ini di Lembah menghijau ini, terus bertekat untuk meneruskan cita-cita itu... tapi apa kan daya terpaksa menunggu dari dari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun.... Terasa teramat perit sekali! Depress, stress, semua hadir tanpa diundang! Rumah tangga selalu bergolak.... Sedihkan.... Gagahkan jua diri ini untuk memanjat kesyukuran dengan rasa rendah hati menadah tangan memohon keredhaan dan keberkatan.... 

Aku bukan siapa? bukan hebat! bukan pandai! bukan terpengaruh! bukan nama! bukan berani! bukan perkasa! bukan berwibawa! bukan segalanya bukan! segalanya bukan itu, aku menagih dan terus menagih simpatiNya! tapi aku tenang di kala ini, besama dan tetap bersamanya walaupun aku bukan ada segalaNya... Semua itu milik Mu.... bukan milik ku. Aku cuma berharap agar sudi meminjamkan ku di kala diri masih bernafas... cuma ada mata hati yang kecil yang mengharap ia akan melihat sinar cahaya yang terdampar di hadapan!

Sudah banyak aku rela dan redha... sudah banyak aku diceca, dimaki, diherdik, dijelek, diperlekeh... sudah banyak juga air mata ini menbgalir dan terus mengalir..., sampai bila aku tak pasti! panasku rasakan bila ia mengalir dan terus mengalir... tiada siapa yang faham.... Hanya DIA sahaja yang tahu segalanya... Kenyataan demi kenyataan ku terima dengan linanga air mata! Bagai penghias hati ini.... ia tanpa diundang.... Aku teringin merasa linangan air mata yang lahir dari mata hari ini dengan kesejukan dan kedinginan tiada lagi rasa panas! Tapi bila aku tak pasti.... DIA yang maha mengetahui....

Setiap insan diuji kerana DIA tahu di mana tahap kesabaran hambanya.... setiap insan diuji pelbagai cara! setiap insan diuji penuh dengan hikmahnya! Tanpa hikmah DIA tidak akan menguji hambanya yang lemah.... Walau apa jua ujianNya hanya syukur ku panjatkan.... Ia adalah ubat luka hati ini... semakin ku bersyukur dengan ujianNya semakin ku rasa diri ini tersangat tenang.... Retina dipejam sedalam nya mahu melihat apakah hati ini semerah saga! Walau apa jua warnanya aku mohon hati ini seputih salju.... sehalus kapas.... 

Hati menunduk ke bumi, merebahkan dada, mendamparkan dahi menyembahMu mohon kurangkan ujian ini... Mohon cahaya di hadapan menyinari hidup ini.... Sakit sudah lama ditanggung, tanpa penawarnya! Dengan Rendah Hati ini, Ku Mohon! Allahuakhbar!

Tuesday, July 5, 2011

Cinematic Apparatus

By On 11:37:00 PM
camera roll?
ready?
action!!!


subject of ideology..being
controlled..image making
political..orientalism theory..la
poitique des auteur..film form..editing
in mind..reveal..showing not
telling..disparities..signifieds..philosophy..
aesthetics vs morality?? visual
pleasure..cinematography..absurd vs
realisme andre bazin?? sinematheraphy
clockwork orange??
culture n religion..
what to think??
how to think??
berfikir dgn ILMU..
emosional menolak rasional..

film stock..shooting..TVC..obi wan
kenobi..aristottle..plato..mental
image..mise en scene..voice is music??
spectacullar..collosal visual akira
kurosawa??? colour is culture?? laura
mulvey?? dark ages?? romanticism??
god of dio?? shakes'peare??
sweeney todd musical violence n
horrorism 50??

Apparatus theorists



Counting Days....

By On 1:36:00 AM
Ya Rabbi Ya Rahman....
Hanya Kau yang Maha mengetahui...
Yang Menentukan segalanya...
Tolonglah hamba yang hina ini...

Khabarkan ia berita gembira...
Sudah lama ia menunggu di kala saat manis...
Sudah lama diri menanggung derita dan hinaan...
Sedih hati dek siapa yang tahu...

Hanya pada Mu jua ia bersujud...
Meratap, memohon, keampunan...
Berikan ia tangisan kegembiraan...
Bermohon pada Mu!


Monday, July 4, 2011

Jeles ke?

By On 10:34:00 PM
Allhamdulillah.... rezeki berlimpah ruah.... bangun dari tidur.... sentiasa bernafas, dapat breakfast, dapat lunch yang free lagi.... hehehe..... Syukur padanya! Apa nak lagi ye? Itu sudah cukup! ingat CUKUP!

Tangan ni gatal ler nak belek fesbuk, blog, nengok gambar kawan2... fuhhh,..... seronoknya mereka! pergi holiday lagi.... shooping mooping tu....

Ko dapat? 
Jeles ke ko tak dapat! 
Allhamdulillah... aku pun dapat! 

Kata cik hubby "jom baby jalan-jalan" (sambil memimpin tangan putri butterfly jalan-jalan kat dalam bilik, keluar bilik, masuk dapur, keluar dapur dan keluar rumah legar-legar kat porch rumah).... Si putri butterfly masuk rumah... "mama, jalan-jalan....." aku tersenyum.... Allhamdulillah... Allah bagi kesihatan dapat berjalan.... 

Apa yang kita ada harus bersyukur, DIA bagi kita banyak! Apa lagi yang kita nakkan? Tak sama seperti orang lain pun tak apa! Janji kita bahagia! Bahagia bersama keluarga... Bahagia bersama NYA!

Kanak-kanak Syurga

By On 7:59:00 PM
Salam...
Kanak-kanak merupakan insan paling mulia... 
Mereka tidak berdosa sehingga akil balil...

Children of Heaven (1997)


Aku rasa ramai dah tengok filem ni kan? and I believe there is still yet to watch it! It is right... :-) Kali pertama aku menonton filem ni pada tahun 2001 bersama rakan-rakan sepenjuang di rumah sewa! Biasanya aku kurang sempat sikit menonton filem berbanding teman-teman ku yang lain. Masa belajar dulu aku banyak habiskan weekend ku dengan assignment shooting kat luar... 

Filem ni disyorkan oleh pensyarahku, mesti aku tonton jua! Memang filling habisss ler... Tanpa disedari air mata mula mengalir... aku pun tak sedar gak! huhuhu malu... Kawan-kawan semua herannn, susah nak tengok aku filling.... Sampai sekarang pun, aku mesti tayangkan filem ni pada pelajar ku di kelas... 

Walaupun filem Iran, bila aku tayang dalam kelas 95% pelajarku sangat suka... Yang lebih membanggakan aku, bila pelajar Chinese dan India sangat teruja dengan filem ini... 5% lagi tidur.... (nak jer aku sekeh kepala). hehehe....  Dalam kelas tu ada yang menjerit2 excited sangat! yang nangis tanpa sedar cam aku pun ada... kuikuikui....

Sinopsis
Mengisahkan Ali yang tercicir kasut adiknya Zahra semasa dia sedang membeli sayur... Kasut tersebut telah dipungut oleh pengankut sampah... Ali tidak dapat mencari kasut adiknya itu. Pada malamnya Ali dan Zahra berbioncang tentang kehilangan kasut tersebut. Ali menyuruh adiknya jangan memberitahu perkara itu kepada orang tua mereka. Mereka bersetuju bertukar kasut untuk ke sekolah. Banyak halangan dan dugaan berlaku kepada mereka berdua semasa bertukar kasut. Adakah mereka dapat semula kasut tersebut? harus ditonton bagi yang belum...

Moral of The Story
Kasih sayang
Ketulusan hati
Tolong menolong
Bersyukur
Aku admire pada pengarah filem ni Majid Majidi. Banyak filem-filem beliau yang low budget USD $180,000 (estimated) tapi terbaik dan menang pelbagai anugerah... Filem ni, menang anugerah Best Picture... Watak dan perwatakan yang sangat berkesan oleh kedua-dua pelakon utama kanak-kanak... (tengok muka dah sedey)...

Terdapat simbolisme dalam masyarakat Arab diketengahkan dalam filem ini seperti ikan emas... Macamana masyarakat Arab punya life ada yang betul2 kaya dan ada yang betul2 miskin... Kita patut bersykur apa yang kita miliki di bumi bertuah MALAYSIA ni! Filem Iran macam ni, pelakon semua pakai tudung pun boleh box offine k!

Aku dengan rasa rendah hati mengesyorkan menonton filem ini!




Apa Yang Kau Mahu? Kau Dapat?

By On 3:42:00 PM
Dalam dunia ni, x semestinya apa yang kita nak kita boleh dapatkan...
Lumrah, semua orang tahu!
Ada tak kawan-kawan kesayangan di luar sana sentiasa dapat apa yang dihajati!
Nak tahu juga la... kalau boleh, dikongsi bersama...

Jom Blogwalking Ramai Ramai !

By On 3:13:00 PM
Salam blogging....
Jom join SINI.... sama-sama kita cari member reramai... 
Rezeki jangan ditolak, musuh jangan juga dicari...
Mmmuahhhh.... semua....


Saturday, July 2, 2011

A Beautiful Mind

By On 2:53:00 AM
Layan filem nie kat tv... Lama dah filem ni time zaman duk blajar dl... Dulu tengok main2, skang dah 10 tahun baru nak tengok serius...


 Sinopsis: 
Biopic daripada ahli matematik terkenal John Nash dan perjuangan sepanjang hayat beliau dengan kesihatan mental. Nash mendaftar sebagai pelajar siswazah di Princeton pada tahun 1948 dan hampir serta-merta berdiri sebagai itik ganjil. Beliau menumpukan dirinya untuk mencari sesuatu yang unik, satu teorem matematik yang akan benar-benar asli. Dia menjaga dirinya dan ketika dia keluar untuk minuman dengan pelajar lain, dia menghabiskan banyak masa dengan rakan sebilik, beliau Charles, yang akhirnya menjadi teman yang terbaik. John tidak lama lagi seorang profesor di MIT di mana dia bertemu dan akhirnya berkahwin dengan seorang pelajar siswazah, Alicia. Walau bagaimanapun dari masa ke masa John mula hilang cengkaman pada realiti, akhirnya diinstitusikan menghidap skizofrenia. Sebagai kedalaman dunia khayalan beliau yang mendedahkan, Nash menarik diri daripada masyarakat dan ia tidak sehingga tahun 1970 bahawa dia membuat kemunculan pertama beliau kembali ke dalam dunia akademik, secara beransur-ansur kembali kepada penyelidikan dan pengajaran. Pada tahun 1994, John Nash telah dianugerahkan hadiah Nobel dalam bidang Ekonomi.

Moral of the story: 
indahnya ciptaan Dia... jadikan manusia ni ada yang genius dan ada yang biasa... Apa pun kita, siapa pun kita, Allhamdulillah... 

Serba sikit la tentang citer ni, menang anugerah pengarah terbaik, lakon layar terbaik, pelakon pembantu terbaik...

Kat Malaysia ni baru seorang yang dapat Nobel Price (Tun Mahathir)...

Agaknya aku ni layak dapat apa ye? hehehe..... 

Seronok dapat tengok suasana Princeton Uni, Harvard Uni, MIT.... nak jejak sana??? Uuuhhhh..... Dapat tengok dalam filem pun jadi la labu.....


Popular

Follow by Email