Aku Bukan Tomboy

Tadi duk belek-belek tengo filem terbaru terjumpa citer nie... Genre, komedi drama... Para pelakon :

Syamsul Yusof
:
Harry (Pelakon Utama)
Scha
:
Farisa / Eisha (Pelakon Utama)
Salina Saibi
:
Sam (Pelakon Pembantu)
Shaheizy Sam
:
Burn (Pelakon Pembantu)
Sheera
:
Bell (Pelakon Pembantu)

Arahan pun dari Syamsul Yusof.... bila difikirkan kat Malaysia ni memang ketandusan para pelakon kan.... bila hasil karya tuan itu, pelakon pun itu... memang pakej la... satu hal dari segi kos.... industri di Malaysia belum lagi mencapai tahap global.... stesen tv pun brapa jer, syarikat p[erfileman pun brapa sangat yang aktif.... pelkaon pun buka kira berapa ramai yang aktif dan bertahan lama 10 tahun 20 tahun... hehehe...

Nak jadikan cerita sebab ini juga parents sekarang suka sangat anak-anak masuk ke bidang seni ni.... kalau la tengok dalam realiti tv, uwahhhh.... sadis sangat.... menangis-nangis... sori kalau terlebih.... tapi nak cerita walaupun berkarya, seni juga la kan... jangan tinggal kan apa yang penting agama... kadang-kadang kesian sangat "mereka ni" tersasar dari agamanya dek dihujani kepopularan dan kekeglamoran... 

Ok, kita tengok jap sinopsisnya:
Kehadiran farisa atau Eisha dalam hidup Harry dan Burn benar-benar mengubah pendirian dua jejaka terhadap gadis yang berpewatakan lelaki. Kali pertama melihat Farisa di sebalik topeng lelaki, mereka mula jatuh hati dengan gadis itu. Bermula dari zaman persekolahan yang penuh dengan dugaan kerana sering diganggu oleh beberapa orang pelajar 'pengkid' antaranya Bell dan Sam. 
Tekanan disekolah yang dialami Farisa mendorongnya untuk mentransformasikan dirinya sebagai seorang yang berpesonaliti agresif dan kasar. Di sebalik penampilan bagai seorang lelaki, Farisa masih mempunyai naluri sebagai seorang gadis sejati. Perwatakan sebegini berterusan hingga ke alam pekerjaan sebagai penghantar pizza. Plot cerita bermula apabila Farisa dikejutkan dengan kemunculan dua jejaka , Harry dan Burn yang berhasrat menjalinkan hubungan istimewa dengannya. Satu dilema yang menuntut pertimbangan yang penuh cabaran. 

Harry, seorang salesman jalanan yang terlebih dahulu menjalinkan hubungan mesra dengan Farisa merasa tergugat apabila Burn muncul sebagai rival yang mencetuskan perebutan. Dalam masa yang sama Farisa berdepan dengan konflik perbezaan darjat dan kedudukan Burn sebagai Eksekutif Junior di syarikat bapanya yang menyukarkan hubungan mereka. Di samping itu, Farisa secara kebetulan bertemu semula dengan Bell dan Sam (pengkid) yang turut berebut untuk menjadikannya sebagai pasangan mereka. Konflik cinta tiga segi yang berbeza senario telah mewarnai catatan kehidupan Farisa, si gadis tomboy. Persoalan adakah pengorbanan yang dituntut dalam dilema percintaa Farisa? Semuanya akan terjawab dalam "AKU BUKAN TOMBOY" sebuah filem bergenre aksi komedi romantik. 

SUMBER : sinemamalaysia

4 comments:

  1. pusing2 itu jugak pelakon nya..
    hehehhe

    ReplyDelete
  2. dia org da sain kontrak kena kerja dgn Syamsul..hihihi..

    mcm best jer cerita ni,nk tengoklah nnt

    ReplyDelete
  3. mcm best je...sy pon bukan tomboy..hehehe..:)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.