Hantu Bonceng dan Ilmu

Entry nih memang saya copy paste dr BH...


Ahmad Idham pertahan Hantu Bonceng

PENERBIT dan pengarah, Ahmad Idham mempertikaikan kenyataan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan yang mendakwa filem Hantu Bonceng mempersendakan dan menghina Nabi Muhamad S.A.W dengan dialog dari pelakon utamanya, Zizan yang membawa maksud ‘Aku Naik Saksi bahawa Muhamad itu Syaitan’.

Bahkan dia turut mendakwa kenyataan itu sebagai propaganda politik, sekali gus menjadi sebab untuk menghentam kerajaan.

“Kenyataan itu disebarkan menerusi blog dan saya tidak tahu akan kesahihan kenyataan itu, sama ada benar atau tidak, atau ada orang lain sengaja untuk memperbesarkan isu itu dan mengaibkan saya secara terbuka.

“Saya berkata begitu kerana yakin orang yang berkredibiliti tinggi seperti dia (Nasrudin) itu tidak akan mengeluarkan kata-kata kesat. Takkan dia tokoh pemimpin yang kita cari, menghukum orang tanpa dibicarakan dan mengaibkan orang secara terbuka. Mungkin ada pihak ketiga sengaja yang ingin menjatuhkan saya dan dia juga.

Hantu Boceng seterusnya...

PS : Semua nie bermula dari skrip. Memang ramai pengarah yang eklip semasa penggambaran tapi pengarah  yang banyak pengalaman dan pendidikan serta bijak, mesti tahu sama ada dialog itu tersasar dari maknanya dan menjadi kesalahan.... kerana ia bermula dari skrip.... pihak penapisan filem juga sudah tentu lagi bijaksana dan tidak mungkin ia disengajakan terlepas dari tayangan....

1 comment:

Powered by Blogger.