Filem Children of Heaven : Kanak-kanak Syurga

Salam...
Kanak-kanak merupakan insan paling mulia... 
Mereka tidak berdosa sehingga akil balil...

Children of Heaven (1997)


Aku rasa ramai dah tengok filem ni kan? and I believe there is still yet to watch it! It is right... :-) Kali pertama aku menonton filem ni pada tahun 2001 bersama rakan-rakan sepenjuang di rumah sewa! Biasanya aku kurang sempat sikit menonton filem berbanding teman-teman ku yang lain. Masa belajar dulu aku banyak habiskan weekend ku dengan assignment shooting kat luar... 

Filem ni disyorkan oleh pensyarahku, mesti aku tonton jua! Memang filling habisss ler... Tanpa disedari air mata mula mengalir... aku pun tak sedar gak! huhuhu malu... Kawan-kawan semua herannn, susah nak tengok aku filling.... Sampai sekarang pun, aku mesti tayangkan filem ni pada pelajar ku di kelas... 

Walaupun filem Iran, bila aku tayang dalam kelas 95% pelajarku sangat suka... Yang lebih membanggakan aku, bila pelajar Chinese dan India sangat teruja dengan filem ini... 5% lagi tidur.... (nak jer aku sekeh kepala). hehehe....  Dalam kelas tu ada yang menjerit2 excited sangat! yang nangis tanpa sedar cam aku pun ada... kuikuikui....

Sinopsis
Mengisahkan Ali yang tercicir kasut adiknya Zahra semasa dia sedang membeli sayur... Kasut tersebut telah dipungut oleh pengankut sampah... Ali tidak dapat mencari kasut adiknya itu. Pada malamnya Ali dan Zahra berbioncang tentang kehilangan kasut tersebut. Ali menyuruh adiknya jangan memberitahu perkara itu kepada orang tua mereka. Mereka bersetuju bertukar kasut untuk ke sekolah. Banyak halangan dan dugaan berlaku kepada mereka berdua semasa bertukar kasut. Adakah mereka dapat semula kasut tersebut? harus ditonton bagi yang belum...

Moral of The Story
Kasih sayang
Ketulusan hati
Tolong menolong
Bersyukur
Aku admire pada pengarah filem ni Majid Majidi. Banyak filem-filem beliau yang low budget USD $180,000 (estimated) tapi terbaik dan menang pelbagai anugerah... Filem ni, menang anugerah Best Picture... Watak dan perwatakan yang sangat berkesan oleh kedua-dua pelakon utama kanak-kanak... (tengok muka dah sedey)...

Terdapat simbolisme dalam masyarakat Arab diketengahkan dalam filem ini seperti ikan emas... Macamana masyarakat Arab punya life ada yang betul2 kaya dan ada yang betul2 miskin... Kita patut bersykur apa yang kita miliki di bumi bertuah MALAYSIA ni! Filem Iran macam ni, pelakon semua pakai tudung pun boleh box offine k!

Aku dengan rasa rendah hati mengesyorkan menonton filem ini!




No comments

Powered by Blogger.