Tetamu Istimewa di Langit Tuhan

 Sesi Promosi Menuntut Ilmu

Mafhum Firman Allah S.W.T. :
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam daripada Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya, agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

(Surah Al-Israa': Ayat 1).

Perjalanan Nabi Muhammad s.a.w yang penuh pengajaran telah diperlihatkan kepada Baginda s.a.w:
· Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
· Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
· Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
· Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Jika Nabi Muhammad s.a.w menjadi tetamu Allah s.w.t dalam perjalanan yang sangat istimewa, mengapa tidak kita turut menjadi tetamu istimewa?

Bersama mengutip khazanah mutiara ilmu dan kebaikan. Hadirlah ke Ceramah Perdana sempena sambutan Isra’ dan Mikraj yang InsyaAllah akan berlangsung seperti butiran berikut:

Tarikh : 28 Jun 2011 / 26 Rejab 1432H (Selasa)
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Seminar, Kompleks Pusat Islam UUM

Pendaftaran dan pertanyaan lanjut sila hubungi Dakina (ext:5808) dakina@uum.edu.my atau Azlinah (ext: 5805) azlinah@uum.edu.my
Sekian.
Unit Majlis Rasmi dan Aktiviti,
Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia.
Tel : +604-9285805 /5808
Faks : 04-9285834

No comments

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.